27 May 2009

Me and My Life

Sudah lama menyepi di sini.. Actually saya agak cemburu dengan blog rakan-rakan yang lain. Tidak tau kenapa banyak kali saya cuba mendapatkan aplikasi shout box untuk blog saya. Tapi x menjadi. Hari ini hari meng'update blog, fuhh rupa2nya saya ada 10 blogs. Opss tak perasan pula selama ini. Erm banyak juga ye.. Macam mana mau update.

Sudah penat ke sana kemari, sejak dua menjak ni banyak pula aktiviti luar yang saya sertai. Kebanyakan aktiviti saya, saya akan update di FaceBook. Bagi saya FaceBook mempunyai ciri-ciri web sosial yang agak bagus. Banyak aplikasi-aplikasi menarik dan juga kemudahan-kemudahan yang di sediakan. Jangan lupa FaceBook juga anda boleh jadikan satu senjata marketing anda.

Hari ini saya tiada topik khusus, cuma merapu sahaja. Hehe... Banyak perubahan mendadak yang berlaku dengan aktiviti harian. Sekarang ini saya cuba meng'aktif'kan diri dengan aktiviti riadhah. Setiap minggu saya akan pastikan saya akan bermain Badminton dan juga PingPong. Ni ketagih dari aktiviti dengan Kelab Perodua Viva Malaysia la ni. Apa-apa pun ia bagus untuk kesihatan.

Bagi yang mengikuti perkembangan bisnes yang saya ceburi, khususnya rakan-rakan perniagaan saya. Tahniah saya ucapkan kerana hari ini anda telah membuat keputusan yang bijak. Saya doakan kejayaan anda walau apa pun bidang yang anda ceburi. Bagi rakan-rakan sosial saya, you all the best, mmg seronok jika selalu ada aktiviti yang berfaedah selain menghabiskan masa di hadapan laptop ni sahaja.

Di sini saya juga ingin memaklumkan Softhands Community sudah berjalan seperti sedia kala. Masalah teknikal yang sebelum ini sudah di tangani, tapi semua database lesap la. huhu

Good Luck!!!

p/s: xder idea sebenarnya ni

0 comments: