Post Dated : 4 September 2009
Bila anda menjadi seorang yang paling sensitif tetapi orang di sekeliling anda tidak sedar dan tidak pernah tahu dan tidak cuba untuk tahu. Anda akan berubah menjadi seorang yang mengiyakan segalanya, anda akan berubah menjadi seorang menerima aje apa yang bakal terjadi. Tetapi jika seorang sahaja yang cuba mengikut dan memahami sedangkan seorang lagi tidak cuba memahami rintihan hati yang di katakan komplen yang memeningkan dan malas untuk melayan situasi tersebut, apa akan anda lakukan? Sekali lagi anda akan berdiam diri, mengalah dan iyakan sahaja. Itu lebih baik dari ber'perang' besar sedangkan hal kecil sahaja.
Salahkah cemburu menghuni di hati? Tidak salah... tetapi kata orang 'jangan overdose' yess aku setuju. Tapi salahkah luahkan rasa cemburu agar si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Permintaan yang kecil agar hati tidak sakit sekali lagi? Kata orang ' jangan di pendam apa yang di rasa' ' jangan di dengar cakap orang, apa yang kita nak kita buat, kita cakap' Tapi bila situasi itu yang di hadapi, adakah 'orang' itu menerima dengan hati yang terbuka? Kadang-kadang bukan semua benda kita lakukan hanya untuk cari gaduh. Cuma luahan agar diri ini di fahami.
Bila hati dah sayang... susah mahu di lupakan. Apatah lagi jika kita mendambakan bukan hanya sesuatu dalam hubungan. Bukan hanya caring dari segi hubungan intim. Tapi caring dari segala aspek termasuk hati dan perasaan. Sehina mana. seburuk mana, serendah mana darjat seseorang itu, dia tetap mempunyai hati dan perasaan. Tapi aku? Bagaikan kanji yan melekat, di pijak tidak mati,di cicang tidak putus terus melekat. Sekali sahaja.. sekali hati ini dah sayang, pahit macam mana sekalipun sanggup ku telan selagi aku mampu.
Aku tak pernah kata atau ungkapkan perkataan layanan dia tidak bagus tehadap aku. Tidak pernah aku rasa layanan dia tidak memuaskan aku sehingga aku mahu komplen sana sini. To me.. dia adalah yang terbaik yang pernah aku kenal. Bila dua insan bertemu dan semakin rapat akan ada perbezaan sifat, karekter dan sebagainya. Hanya yang tinggal macam mana nak sesuaikan diri sahaja. Give and take..
Setiap orang ada rasa kecewa masing-masing. Aku yakin setiap orang pasti ada perasaan tersebut. Tidak kira la kecewa terlepas bas hari ini ke? Kecewa kerana gagal dalam ujian dan sebagainya. Tetapi dalam menjalin perhubungan juga tidak lari dari perasaan kecewa ini.
0 comments:
Post a Comment