Usah di kenang kenangan lalu.. Walaupun adakalanya seperti ianya tiada membawa makna apa-apa. Kadangkala ia memberi impak yang cukup besar. Kenapa tidak kau harunginya dengan tabah? Singkirkan perasaan yang menyelubungimu... Sifarkan termometer getaran jiwamu.. ringankan jeritan batinmu.. Hiduplah seperti biasa dan dalam keadaan yang kau harapkan...
Dear Myself,
Walaupun pahit, walaupun sakit, walaupun bak jutaan hirisan tajam dar bilahan pedang kesatriaan mu.. Bangunlah sayang, bangunlah diriku.. Jangan di ulit oleh perasaanmu itu.. Bak kata nenek, jika sudah di buang kenapa perlu di kenang, kenapa perlu di tagih, hiduplah seperti biasa, seperti dahulukala ketika seseorang itu tidak pernah wujud... Ah.. memang senang lidah berbicara, cuba ku tenangkan belahan ombak, cuba ku damaikan keresahanku, ku cuba menghadapinya dengan tenang walaupun jiwaku bergelora.
Dear Myself,
Kau harus kuat sayang, kuat untuk menhadapinya. Kini kau hanya menghitung hari. Ku tahu kau wahai diriku yang di sayangi... takut bila cuba membayangkan jika hari itu adalah hari ini. Takut bila saat ia di lafazkan, takut bila saat telingamu mendengarkan kalimah beracun itu, Takut dirimu tidak kuat, takut jika saat itu kau tidak dapat menahan perasaanmu.. deraian mutiara jatuh berlinangan... Takut untuk menghadapi hari tersebut. Dan kau wahai diriku, cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku, berlagak seperti tiada apa yang akan berlaku. Sedangkan setiap detik setiap saat, masamu semakin kurang... Separuh hati mengatakan aku perlu cuba buat tidak tahu, separuh hati lagi berkata mengapa tidak kau habiskan masa bersama, jangan sia-siakan masa yang ada, ketika dia masih halal buatku.
Dear Myself,
Aku tahu kau menahan dirimu menunjukkan riak dan perasaanmu. Dan aku juga tahu kau menahan getaran yang membelah dadamu. Dan aku juga tahu kau tidak mengeluarkan apa yang terbuku. Kau pengecut... Hadapinya sayang.. luahkan segalanya... jangan di simpan, jeritlah sekuat hatimu sayang. Kau kini seperti dua insan yang berbeza, satu.. sedang merintih syahdu, dan yang satu lagi sedang mengawal. mengawal agar yang rintihan itu tidak di dengari hatta olrh dirimu sendiri.
Dear Myself,
Mengapa kau tidak boleh menjadi sebahagia dia bila kebebasan bakal yang terima. Mengapa Kau tidak sebahagia dia untuk menghadapi hari-hari esok. Cuba kau buangkan rasa kosong, cuba kau isikan dengan segala macam perkara. Cuba kau lenyapkan ingatan padanya. Cuba kau menahan diri dari terus-menerus membodohkan diri. Wahai diriku yang di sayangi. Bangkit dan hadapinya sayang. Rebahmu di dalam pelukanku, sakit mu akan ku ubati sendiri, rintihanmu akan ku dengarnya, akan ku buat segalanya untuk dirimu wahai diriku...
Kerana kau adalah aku, dan aku adalah kau.
0 comments:
Post a Comment