19 January 2010


Alhamdulillah, selepas membaca blog tulisan En.Megat tadi suka saya dapat membantu walaupun tidak banyak tapi semoga ianya dapat meringankan beban En.Megat dan keluarga. Suka saya membaca entri beliau kali ini, tak tahu kenapa hehe meremang bulu roma saya bila membaca keadaan beliau sedikit sebanyak sudah berubah. Suka tidak terhingga. Walaupun di kejauhan dan tidak pernah berjumpa dan kenal dengan beliau tetapi hati ini tersentuh bila mengetahui kisah hidup beliau dan keluarga melalui tulisa beliau Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak.

Kepada rakan-rakan di luar sana yang mana mahu membantu En.Megat dan keluarganya beliau boleh ke entri saya sebelum ini untuk maklumat lanjut. Atau anda juga boleh membeli Blogger We Care T-Shirt untuk menunjukkan sokongan anda dalam misi ini. Untuk melihat design, menempah dan membeli Blogger We Care T-Shirt anda boleh klik di sini.

Semoga Allah merahmati anda semua.


0 comments: