14 June 2010

Bila Janji Tak dapat Di Kota


Hati Kering

Orang kita ni ramai yang pandai berjanji dan ramai juga tak dapat mengotakan janji. Susah nak bezakan yang sedang bercakap.. berdiri di depan kita tu orang yang berpijak di bumi yang nyata atau dia masih di awang-awangan. Kadangkala orang begini kita tak leh nak salahkan juga. (Melalui pengalaman sayalah kan.. berhadapan dengan orang macam ni) Kebiasaanya dia tertekan dengan permasalahan yg ada di sekeliling dia. Tekanan yang di hadapi oleh orang-orang yang berdekatan dengannya. Yang ada.. bukan mahu membantu, malah memberi tekanan lagi. Erm, saya sendiri pun x pasti macam mana harus di buat.

Ramai yang menasihati, jangan pedulikan.. Biarkan sahaja.. Lama-lama nanti dia akan kalis atau tahan lasak dengan situasi yang sebenar.. Tapi aku cukup risau bila ceruk dinding menjadi peneman.. Desah desuh nafas keresahan, merengek seperti si kecil.. Aku cukup risau, sedih dan kasihan. Mahu member perihatian risau yang di sini berkecil hati. Tidak di pedulikan ada-ada sahaja perkara yang di ungkitkan. Nak tak nak aku juga di persalahkan. Dan bila sakit hati, pelbagai alasan di beri.. Berkait-kait pula dengan orang lain yang tidak ada kena mengena. Entah lah adat manusia...

Aku tidak tahu.. Mahu berdiam diri atau menuntut janji dulu. Apa-apa pun alasannya, dia dah berjanji dengan aku walaupun hakikatnya dia sedar dalam keadaan dia berjanji situasi dan keadaan aku dan dia bagaimana. Kenapa pula saat ini.. tika ini mahu di pertikaikan apa yang telah di janjikan?

Adakah kerana dia mahu aku melutut, merengek dan mengatakan perkataan KEMBALI kepadanya. Aku rasa mustahil. Walaupun hati ini rindu, kenangan bersama datang silih berganti, tapi hati aku juga sebal seperti hati dia untuk menerima masing2 dalam hidup kami kembali. Mungkin perkataan 'kembali' itu dia tak dapat, pelbagai cara lain yang dia cuba. Tapi aku tetap begini, bertahan dengan keputusan dia sendiri mahukan untuk kali ke -3. Kalau dulu dia sering meminta aku rahsiakan, tapi buat apa jika dia sering memijak-mijak aku di belakang orang, sering menekan hidup aku yang sememangnya tertekan.

Sudahlah, dalam hidup ini tiada yang menang tiada yang kalah. Aku cuma berserah pada keadaan sahaja sekarang ini. Jika ada tempat berteduh di situlah aku, jika ada rezeki suapan itulah yang aku jamah. Cukuplah menekan hidup aku, jika aku bersikap inginkan kesempurnaan seperti dia pasti aku sudah 'gila' dalam tempoh 4 bulan yang dah berlalu. Hari-hari depan aku juga tidak pasti...

Mungkin kereta tu juga aku akan kehilangan, tapi tidak sekali aku serahkan pada dia... Apatah lagi MAMA nya.. Cukup;ah bayangan mama menghantui hidup aku selama 5 tahun. Kalaulah dia membaca.. aku puas hati.. di sebabkan dia anaknya begini.. apatah lagi dengan sebelum aku.. kini aku.. lepas ni? ntah lah..

Aku cuma doakan kebahagiaan dia. Semoga mendapat ketenangan dunia akhirat. Senang aje, ikut telunjuk mama A-Z.. dia akan bahagia. Jangan ada sikap atau rasa ingin membuat keputusan sendiri pasti tiada gangguan.

0 comments: