
Damainya kehidupan desa, aduh tiba-tiba hati aku rindu pada pepohom hijau. Air putih jernih mengalir. Rasa macam nak hidup dalam hutan aje... mesti bestkan. Tiada trafik jem... tak yah fikir pasal org lain, tak yah fikir sat lagi nak wat ape, esok nak kena plan nk wat apa. Nak kena jumpa org tu, nak kena jumpa org ni. Aduh pening kepala. Hati aku kini bukan pada semua yang ada depan mata aku... Aku rasa nak tinggal jauh dalam hutan sana. hahaha..
Tapi boleh ke aku hidup tanpa internet? aduhhh laptop xder... betul ke aku ni? hahah... apa pun aku nak rasa kedamaian dan ketengangan dengan alam semulajadi. Di tilik-tilik gambar di atas ni macam best je, rumah kita sorang2 je, rumah kampung, bukan rumah flat macam skang, bukan rumah batu yang kebanyakannya sekarang. Bukan maksud aku mencemuh apa yang ada sekarang. Tapi hakikatnya aku rindukan suasana hijauan. Walhal aku hanya hidup dalam kereta je sejak 4 bulan ni, entah2 rumah 'kereta' aku ini juga akan kehilangan juga. Maklumlah, macam jatuh di timpa tangga. Apapun aku redha aje dengan apa yang terjadi.
Seseorang bertanyakan aku tak menyesal ke kenal ngan dia, berkawan ngan dia. Katanya dia zero.. nothing... huh.. senang je jawapan aku, apa aku ada? Aku pun sama macam dia, lebih ada sikit je dari aku. Tapi itu semua x penting. Jika aku memandang harta sudah tentu dari awal aku menjauhkan diri. Sudah aku tidak menolak seseorang yang menawarkan aku macam-macam. Yang penting dia ada semangat dan sanggup berusaha bersama-sama. Aku lebih suka kita sama-sama merangkak dan membina kejayaan. Meneruskan hidup dengan apa yang ada. Daripada aku mengenali seseorang yang sudah lengkap serba serbi, tetapi berkira setiap sen yang di keluarkan. Bukan itu sahaja, tanggungjawab pun di persoalkan. Ish kisah lama.. Biarkan berlalu.
Huda... kau mempersoalkan tentang kejujuran kejujuran... begitu juga dia bertanyakan tentang penyesalan bersamanya. Bagi aku tiada yang lebih baik dan lebih indah selain dari perkongsian. Sekeping roti boleh di cubit makan bersama, segelas air boleh di hirup bersama. Tiada yang milik aku bukan milik dia... Kalau di ikutkan sekali lagi aku menaruh harapan pada lelaki. Kalau di ikutkan sekali lagi aku mempertaruhkan jiwa dan raga aku pada lelaki. Jangan pula nanti harapan tinggal harapan, janji tinggal janj. Apapun Huda, thanks a lot sebab jadi kawan aku. Kawan masa senang ramai je, masa susah semua menghilang.. ish aku sepatutnya bersangka baik, sebab diorang pun x berapa nak senang. haha
ouuttt dulu.. Tonet dah sampai nak pi dinner...

0 comments:
Post a Comment