04 August 2010

Dilema part 1

Aduh..aduh... apa aku nak buat ni? Mana aku nak pilih ni? Mana satu yang aku nak ni? inilah yang selalu dalam fikiran aku..

Ingatkan nak buat kerja freelance aje. Macam-macam aku boleh buat, terutamanya bisnes sendiri dan aku punya masa sendiri. Tapi aku tahuaku belum ada tapak kukuh nak bertapak. Erm, tapi aku berat nak buat kerja freelance juga. Berkaitan dengan hal ini aku sendiri keliru, mana satu aku nak pilih ni, sebab ketiag-tiga job lom confirm. Hati aku pula nak ke Kelantan untuk job international exhibition kat sana, kontrak selama 3 bulan. Oklah tue, so far yang di beritahu bayaran pun ok. Tapi.. membuatkan aku 50-50 sebab dia nak aku pergi sorang je. erm macam mana pula dengan teman aku? Katanya pengambilan bulan 9? Sebulan tanpa dia. Tapi sebelum ni aku nekad, kami satu team, job aku job dia.. tapi job dia x semestinya job aku, sbb memerlukan pengalaman dan kepercayaan orang yang tinggi. Kalaulah aku sorang juga, ikutkan hati nak je tolak tawaran tu.. tapi dia suruh aku pergi.

Satu lagi, job di Klang. Aduh jauhnya.. aku mana ada tempat tinggal aea sana, yang ni aku x kisah la kalau aku sorang je yang buat keje, tapi kalo berdua ok juga. Tapi tak tau kenapa hati aku sangat berat, mungkin aku belum faham tentang operasi syarikat itu. Nampak macam advertising agency. Adakah aku akan terikat dengan syarikat tu? aduh itu yang buat aku berat hati sebenarnya... Sebab aku mahu upkan MOD ADVENTURE...

Job bulan puasa ni pun lom confirm, konvoi seluruh malaysia, ritu kata di tunda, pastu dengar kata cancel, ni dengar kata jadi plak. Kalau jadi tapi satu khabar berita pun x sampai. Aku pun x pasti nak amik job lain takut clash tarikh sebab nak sangat ikut konvoi tu.

antara dilema yang ku hadapi.. ada lagi.. tapi malu nak cakap.. lain kali k.. umphh!!!



0 comments: