"Sebenarnya.. abang masih menunggu dia dan masih mengharapkan dia..." aku tersentak di kala mendengar luahan atau pengakuan jujur sharqawi... Mungkin baginya ingin bersipkap jujur dengan pengakuan sebegitu atau mungkin juga di meminta sedikit waktu untuk menyesuaikan diri dengan perhubungan baru antara aku dan dia. Tapi..dengan pengakuannya sebengitu membuatkan hati aku curiga dan was-was. Berapa lama perhubungan ini mampu bertahan. Adakah aku bakal menjadi mangsa lelaki lagi?
"Ya Allah.. apa perlu aku lakukan.. adakah harus aku teruskan dan membiarkan waktu menentukan segalanya? Mencuba dengan perhubungan baru ini dengan sebaik mungkin? Atau dia juga bukan untuk ku? Hati aku bergetar untuk kesian kalinya. Getaran yang membuatkan seluruh angota badan aku longlai. Lidahku kelu tanpa kata.. Tidak mampu membalas apa yang di luahkan syarqawi sebentar tadi. Dan aku membiarkan sahaja radio Sinar.FM mendedangkan lagu-lagu menyentap jiwa.
********************
Hari ini buat pertama kali aku mengikutnya ke tempat kerja. Syarqawi sememangnya seorang yang sukakan hidupan semulajadi. Cintakan flora dan fauna.. Aku senang begitu. Hidup tenang dengan pelbagai bunyi hidupan hutan, kocakan air sungai di Janda Baik yang mengalir tenang.. Jernih dan sejuk..
"Hari ini kita bawa sekumpulan 'mat salleh'.. diorang nak main 'water tubing'. Tiub dan peralatan ada dalam van.. Dalam 1 jam lagi diorang sampai.. tak ramai pun dalam 13 orang sahaja kali ni" Nick, co-ordinator program memberi taklimat ringkas tentang peserta hari tu. Man anak Tok Batin, Syarqawi, Kamal, Joe dan Mat pantas melakukan kerja. Menyiapkan peralatan-peralatan yang mahu di gunakan oleh peserta nanti. Aku cuma membantu menyusun topi dan jaket keselamatan di tempat yang di sediakan.
Usai program, semuanya bersiap-siap untuk pulang, syarqawi mengajak aku sekali lagi berendam di dalam air sejuk itu. Arh!! tak sanggup rasanya, lantas dia mengeluarkan akhbar yang di beli di Petronas Genting Sempah pagi tadi dan mula membelek-belek. Mata aku pula makin berat, mungkin tidak biasa bermain air sebegitu, apatah lagi menggunakan 'paddle' untuk menolak tiub yang menampung aku di dalam air. Lenguh seluruh badan terutamanya di bahagian bahu dan lengan.
Di saat aku mula ingin memejamkan mata dia mula menyanyikan lagu P.U.S.P.A yang di dendangkan oleh penyanyi asal ST12 dari indonesia.Aku tergamam memandang dalam ke anak matanya, mencari maksud di sebalik nyanyiannya. Adakah dia tujukan lagu ini untuk aku? Adakah ini caranya dia meluahkan perasaanya pada aku? Aku tertanya-tanya mencari jawapan. dalam pada itu, dia mencubit pipi dan menarik hidung aku, bait-bait lagu tidak lekang dari bibirkan bersama sebuah senyuman yang tidak akan aku lupakan. Aku masih terkesima dengan apa yang terjadi, masih kaku di ribaannya.
Selesai lagu P.U.S.P.A dia nyanyikan aku lagu Kembali Pulang dendangan asal kumpulan Kangen Band yang juga berasal dari Indonesia. Kali ini hati aku mengatakan tidak silap lagi tekaan aku. Bahagia.. ku rasa di saat ini, aku tidak mampu menutup mulut ku tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. Di saat ini aku rasakan dia begitu romantik sekali.. Tersemat dalam hati, tidak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila. Kenangan terindah aku sebagai seorang wanita.
****************************************
Orang kata, indah bukan selamanya.. Sebulan sudah berlalu. Kini ada-ada sahaja yang tidak berkenan di hatinya, Aku sedar diri aku bukanlah sempurna. AKu cuma insan biasa yang mempunyai sikap dan karenah aku sendiri. Kadangkala aku tertanya-tanya bagaimanakah rupa insan yang sebelum aku di dalam hidupnya? Tiba-tiba timbul perasaan cemburu tapi aku biarkan sahaja, iyalah buat apa nak cemburu buta, sedangkan dia tidak ada apa-apa aku pula yang lebih-lebih.
"B, boleh tak kurus sikit?" AKu tersentak dengan permintaanya, tapi aku cuba mengawal perasaan aku agar tidak kelihatan.
"Abang nak B macam mana?" Aku mula mengajukan soalan bodoh untuk menutup malu.
"Abang nak macam ni.. tapi tak nak macam ni" dia menunjukkan jari kelingking kemudiannya ibu jari.
"Aku tersenyum nakal, yang macam ni tu macam sape? yang macam ni pula macam sape? aku turut sama menunjukkan jari kelingking aku dan ibu jari ku..
"Yang macam ni macam akak tu.. ish.. tak maulah macam tu" dia menunjukkan isteri kepada rakan kami. Aku tergelak besar, tapi pada hakikatnya aku menutup rasa di hati sendiri...
Aku sedar.. aku bukanlah secantik wanita-wanita lain yang penuh dengan sikap lemah lembut, manis, senang kata ada sifat keibuan. Walaupun usia aku di pertengahan 20-30an tapi kata orang aku masih kebudak-budakan. Aku masih ada manja seperti anak kecil. Aku tahu aku kasar, aku tau aku tidak la se'solid' wanita-wanita lain tapi aku juga mahu di hargai apa yang ada pada diri aku. kadangkala pelbagai persoalan yang timbul. Perlukah aku menurut semuanya, menjadi orang lain untuk menyenangkan hati dia? Sampai bila aku mampu bertahan? Kenapa tidak diri aku yang seadanya ini di terima dengan hati yang terbuka? Kadangkala seorang wanita tidak minta di kasihi di sayangi kerana kecantikannya, kerana apa yang ada pada dirinya, tapi kerana dirinya sendiri. Jati dirinya.
Hakikatnya kali ini aku sungguh lemah untuk mempertahankan pendapat aku, aku cuba sepenuh hati untuk melakukan apa yang di pinta, apa yang di mahukan Walaupaun aku tahu, apa yang aku pendamkan sedikit demi sedikit memakan diri sendiri. Bukan kerana aku tidak ikhlas tetapi kerana adanya rasa rendah diri aku pada wanita lain, pada dirinya. Kerana diri aku yang tidak sempurna.
"Ya Allah, bagaimana lagi harus aku lakukan? Kadangkala aku terfikir adakah aku yang 'paranoid'untuk kehilangan dia?
********************
note : rajinkah aku nak menyambung cerita ni? hehe masa buat ni time kat Langkawi.. sampai 3-4 pagi, pastu ngantuk, bila dah berenti terus mati idea. hehe

0 comments:
Post a Comment