23 January 2011

Pengalaman Berakit Di RPS Betau

MOD ADVENTURE sedang mengadakan promosi untuk pakej Berakit di RPS Betau, SG.Koyan, Kuala Lipis Pahang dari 1hb Januari hingga 31hb Mac 2011. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej berakit boleh refer pada website MOD ADVENTURE atau terus hubungi En.Shahril 013-6765503 / 010-4348725

Mengikut pengalaman saya... heheh dah sertai dah program ni selama 3 hari dua malam tahun lepas.. memang best.. Perjalanan dari KL tak la jauh sangat dalam 2 jam setengah je... sampai-sampai je kat sana soru dulu... pastu baru la bertolak ke Kem / Pos Betau di perkampungan orang asli di Rancangan Penyusunan Semula Betau. Sesampai je kat sana ada ice breaking jap, pastu berakit phase 1 dengan water grading level 1 & level 2 lebih kurang 45 minit. Tup tap tup tap dah petang , kalo dah petang pe lagi soru laa... minum petang then makan malam... Sepatutnya ada backwod cooking di sebabkan kami sampai lambat so terpaksalah batalkan sesi tu.. makan nasi bungkus.. hehe...

Untuk keesokan harinya seawal jam 8.00 pagi kami pun lagi sekali berakit dengan water grading level 3 & 4 (agak mencabar - air tengah naik so laju sikit la rakit) bila laju kira kat jeram tu xder la pecah2 rakit.. selamat kat situ.. tapi kalo nak adventure datang time bukan musim tengkujuh, konfem mencabar gila2 kat jeram.. terbenam timbul balik rakit tu (kalo x pecah) heheh tapi xpe, guide2 kat sana semua experience ada sijil bronze gitu... boleh di katakan lebih kurang 8 jam berakit dengan dua kali check point untuk berenti makan dan berehat. Melompat2 aku jumpa pacat.. hampeh... perhentian kedua x naik lansung ke darat rela dok dalam air.. sib baik xder lintah.. hahaha... sesampai je kat kem ingatkan malam tu ada Sewang (Acara tradisi orang asli), ish3x.. xdapat buat, 3-4 kampung orang asli minggu tu ada kematian. so kena hormat la adat istiadat diorang sewang xleh buat. Agak terkilan. nak wat macam mana. Nak juga merasa sewang tu macam mana. Macam best je...

Malam tu semua main game sendiri2 bikin, ada main daun terup la, ntah macam2... huhu ku penat sangat tido awal dari yang lain... heheh kada' hari pertama tidur lambat. Arghhhh nak pegi lagi... Insyallah kalo ada rezeki... guys.. ni ada gambar2 group yang kitorang bawa masa berakit hari tuh.. usah2 la ye.. mana tau berkenan ke.. heheh



0 comments: