Aduss lama sungguh tak update blog, hari-hari buka tapi xder masa nak update. Tengok aje, heheh sebab kalau mengadap berjam-jam, masa tu yang xder. Saya janji hari tu nak sambung bab networking ni. Dalam seminggu dua saya da pengalaman berbincang dengan rakan internet dan ada beberapa perkara yang kami x sependapat networking dalam MLM. Dan macam mana saya manage saya punya jaringan perniagaan saya. Bagi saya itu hak individu dan setiap orang ada fahaman sendiri.
Jika saya sentuh di sini tentang online networking, actually online ni lebih senang, klik sahaja apa-apa perkataan yang kita mahukan the volume of information terlalu banyak. Sehinggakan kita kena tapis sebab ada yang boleh pakai dan ada juga yang mengarut. Sekarang ni tak macam dulu, jika pandai menggunakan kelebihan ini kita mampu menjadikan internet sebagai salah satu rangkaian yang memberi faedah yang mantap kepada kita. Sebagai contoh anda menjadikan internet sebagai empayar perniagaan anda di mana-mana sahaja hatta di selurun dunia, tapi pastikan anda menggunakan international language untuk senang bakal pelanggan anda memahami apa yang anda ingin sampaikan, service atau produk anda. Tapi soalan yang anda harus tanya pada diri sendiri, adakah anda bersedia untuk memberi perkhidmatan sedemikia kepada rangkaian anda. Jika tidak, apa kata anda mulakan dengan rangkaian terdekat dengan anda, seperti, rakan sepejabat, rakan sekolah/IPT, saudara mara dan sebagainya. Jika anda rasa anda mampu apa salahnya buka selangkah lagi dan mula memperluaskan rangakain anda ke seluruh negara dan seterusnya ke seluruh dunia mengikut kemampuan anda.
Kemampuan disini, bukan sahaja anda mampu deliver sesuatu yang anda patut beri, tetapi dari segi komunikasi, prosuk atau perkhidmatan, perkhidmatan selepas jualan dan sebagainya. Actually prospek adalah kunci penting dalam sebarang rangkaian anda. Apa yang perlu anda ketahui tentang diri anda, dimana tahap kemampuan anda untuk mengubah orang di sekeliling anda tidak kira dari segi kelakuan, motivasi, sifat, hobi, perniagaan dan sebagainya. Apa yang ingin saya tekan kan di sini, anda patut bekerja dengan mereka seperti mereka sekarang. Bukan untuk mengubah mereka menjadi seperti anda. Jika rangkaian anda tentang hobi, anda perlu fikirkan bagaimana hobi bole menjadi satu rangkaian yang akan memulangkan faedah kepada anda.
0 comments:
Post a Comment