05 March 2009

Ramai yang faham networking ni hanya untuk MLM. Bagi pendapat saya networking atau jaringan rakan niaga ini tidak hanya untuk MLM atau Multi Level Marketing sahaja. Ia boleh di di gunakan di dalam pelbagai jenis perkara tidak semestinya perniagaan sahaja. Contohnya jaringan bekas rakan sekolah di mana di lebih familiar dengan ALUMNI.

Baru-baru ini saya ada membaca sebuah buku yang mmg best sangat. Tulisan Ian L Halsall, PhD (Cambridge) 'HOW TO BUILD A PROFITABLE NETWORK'. Memandangkan saya memang suka sangat dalam bidang perniagaan, di sini saya akan memberi ulasan tentang buku tersebut dan cuba kaitkan dengan network perniagaan.

Ian L Halsall ada menyebut di dalam tulisan beliau
"it's not what u know, but who u know"
Kebanyakan orang mementingkan higher education, skills dan sewaktu dengannya. Bukan tidak betul atau salah. Bagi saya Qualification itu hanya satu tiket untuk mendapat pekerjaan atau sokongan kepada kita. Ada yang cerdik, pandai, belajar tinggi, dan hanya tahu teori sahaja tetapi tidak dalam kemahiran. Ada juga yang mempunyai kemahiran tetapi belajar setakat ala kadar aje. Tapi apa guna kalau belajar tinggi, ada kemahiran, pandai dah cukup lengkap semua pakej tetapi tiada jaringan perniagaan atau business networking. Dengan mempunyai jaringan yang kuat, utuh anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk pengiklanan, promosi dan sebagainya.


Di sini saya mengambil kata-kata Ian L Halsall, Apa yang ada pada networking dan yang tiada padanya. Saya bersetuju dengan beliau jaringan perniagaan bukan sahaja untuk menambahkan kenalan, menambah kawan. Tetapi menambahkan Rakan Perniagaan di mana, saling bantu-membantu. Contohnya, saya menjalankan perniagaan Event Management / Consultancy dan memerlukan penari untuk sebuah majlis makan malam tahunan. Saya memerlukan bantuan daripada penari-penari tersebut untuk menjayakan majlis yang di kendalikan oleh saya, dan saya sebenarnya juga membantu mereka mendapatkan persembahan. Di sini saya mendapat menghiburkan pelanggan dengan memberi perkhidmatan seperti permintaan, sudah tentu saya mempunyai profit dan juga penari-penari tersebut juga mendapat keunungan dari persembahan beliau. Sebenarnya banyak lagi contoh lain. Mungkin anda boleh kaitkan sendiri.

Dan networking juga tidak menuntut kita menghabiskan masa berhibur dan berparti sosial, mempunyai jadual temujanji yang padat, melakukan kerja-kerja sukarelawan dan beberapa perkara yang tidak perlu anda lakukan. Tetapi tidak salah jika anda memang suka berparti.. berhibur, membuat kerja-kerja sukarelawan dan sebagainya. Sesetengah orang ada juga melakukan kerja-kerja sukarelawan adalah satu hobi, sebenarnya ia bergantung kepada individu tersebut. Cuma yang ingin saya tekankan, untuk membina networking ianya tidak menuntut anda melakukan semuanya.

Anda bagaimana? Di mana atau bagaimana anda melakukan jaringan perniagaan ini? Secara Offline atau Online? Atau mungkin kedua-duanya sekali. Saya akan ulas tentangnya dalam sambungan Business Networking tu apa yer? Part 2.

0 comments: