29 January 2009

Leadership Training Camp


Erm.. lupa pula nak masukkan aktiviti terkini di sini, Pada 9-11 January 2009, kami telah mengadakan LTC di Kem Bina Negara di Kuaters KLIA Sepang. Peserta lebih kurang dalam 50 dan fasilitator 5 orang 1 orang urusetia. Program ini tidak melibatkan kos yang banyak lebih kurang RM 5000 sahaja. Ini kerana pihak ekolah mendapat sponsor dari luar.kese

Peserta yang hadir terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Di mana kesemuanya merupakan lantikan baru sebagai MPP dan pihak sekolah memberi kepercayaan kepada kami untuk memilih siapa yang bakal menjadi Ketua Pelajar bagi sesi 2009/2010. Lima lis teratas telah kami berikan kepada cikgu sekolah tersebut, dan bergantung kepada guru sekolah SMTKL untuk membuat keputusan.

Apa yang pihak kami cuba tekankan di dalam program ini berkenaan tentang kempimpinan pelajar dan sahsiah diri. Pihak kami cuba tanamkan sifat dan sikap seorang pemimpin di dalam diri peserta. Bagaimana mereka menggunakan kreativiti mereka dalam menjayakan stiap module yang kami sediakan. Di samping aktiviti ilmiah kami juga selitkan aktiviti riadhah dan kesenian. Tidak kurang hebatnya juga adik-adik kita menari Poco-poco. Saya sendiri pun kekok tetapi terpaksa join. Nanti timbul pula fasilitator pula yang alri dan tidak berani berada di hadapan.

Pengalaman dengan pelajar sekolah ini memanhg menyeronokkan. Insyallah bulan akan ada kesinambungan dari aktiviti ini yang mana pihak kami akan menyediakan perkhidmatan team building untuk para sekolah. Bagi cikgu-cikgu, pelajar-pelajar sekolah atau IPT yang ingin mengadakan program seperti ini. Kami mengalu-alukan pertanyaan dan permintaan anda . Sila emailkan kepada info@sefitrah.com untuk maklumat lanjut

0 comments: