Dua tiga hari ini rasa nak menulis. Macam-macam idea datang, tapi bila mengadap laptop blurr pula. Idea ada tapi tak tahu nak kembang kan. Bercerita tentang penulisan. Saya ingin berkongsi cita-cita saya semasa zaman persekolahan. Dari Sekolah rendah sampai la habis sekolah menengah saya bercita-cita ingin menjadi seorang wartawan. Minat tu berkobar-kobar sangat tetapi mendapat tentangan dari keluarga dan juga cikgu-cikgu di sekolah.
Kata abah.. wartawan sekarang ramai menipu, putar belit fakta sebenar. Kata cikgu pula, 'kamu nak jadi wartawan? ke hulu ke hilir dengan jantan (jurufoto). Pakai topi seluar jean, t-shirt... kamu nak jadi macam tu?'
Tetapi minat tu tidak pernah berkubur begitu sahaja. Bila saya berada di tingkatan lima, minat berubah dari ingin menjadi wartwan kepada menerbitkan sebuah majalah. Khususnya majalah remaja. Saya dengan kawan-kawan buat kajian tentang majalah. Hehe sehingga la suatu hari saya sangup menghabis kan duit beli kamera dan sebagainya. Kononnya nak jadi wartawan amatur. Saya pergi ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) saya daftarkan Teen Media Enterprise sebagai sebuah syarikat penerbitan. Timbul pula isu, kena ada lesen dari Kementerian Dalam Negeri. Lesen Penerbitan, Percetakan dan sebagainya. Sedih yang amat.
Nak tak nak, saya usulkan kepada pengetua sekolah, saya ingin terbitkan sebuah risalah bulanan untuk sekolah khususnya untuk kelas saya. Dan pengetua bersetuju. Dari situ, saya sempat keluarkan lima keluaran risalah Wardatul-Jannah untuk kelas saya, tetapi jika kelas lain ingin membaca nya juga, kami turut menjual kepada kawan-kawan kelas lain dan sekolah lain. Duit dari hasil jualan masuk ke dalam tabung kelas.
Sehingga la sekarang saya masih bercita-cita untuk memiliki sebuah majalah saya sendiri. Cuma konsep dan intipati majalah tersebut saya masih belum fikir secara serius. Ini kerana saya pernah cuba ke syarikat pengiklanan dan percetakan. Erm.. belanjanya tidak kurang besar. Ratusan ribu ringgit untuk keluarkan majalah seperti magga dan sebagainya. Saya tidak kuburkan terus minat saya, cuma masa tidak sesuai dan kewangan tidak mengizinkanl. Insyallah suatu hari nanti saya akan ada majalah saya sendiri.
Bagi saya, apa yang kita suka, minat.. walaupun susah tetapi tidak mustahil. Jadikan semua kesusahan tu sebagai satu motivasi untuk kita berjaya. Dengan perkara yang kira rasa remeh boleh membuatkan kita bersemangat dan pelbagai idea akan bermain di fikiran. Macam mana kita kembangkan idea itu akan menunjukkan siapa diri kita.
0 comments:
Post a Comment