Pada penelitian saya, ramai yang berkobar-kobar untuk menjadi usahawan, tidak kita secara online atau offline. Sebut aje nak buat bisnes ni nak buat bisnes tu, pasti ada yang berminat. "eh aku pun nak buat jugak" "Nak join gak boleh ke?" Macam-macam la ayat atau kata sogokan kita terima setiap hari. Tapi.. bila tiba masanya.. diam pula membisu. Orang kata hangat-hangat tahi ayam.
Saya pun pernah beberapa kali mengalaminya, sampaikan husband saya sendiri pernah menegur tidak tetap pada satu-satu bisnes. Tetapi bagi saya, saya perlu mencuba tapi jangan sampai kita nak buat duit tapi kita pula di habiskan duit. Mana pada zaman sekarang ni x perlukan duit. Belajar pun nak guna duit, makan duit, nak gi kerja pakai duit semua la pakai duit. Tidak salah kita mengejar duit tapi kita perlu tahu nilai dari duit yang akan kita terima nanti. Dan pastinya mengapa module untuk training dari tahun 2005 sehingga sekarang masih hangat, dan dapat sambutan untuk ceramah-ceramah ' usahawan cyber muslim' atau 'cyber muslim entrepenuership'.
Apa yang saya lihat dari kenalan dan rakan terdekat. Diorang bukan tidak minat dalam satu-satu perniagaan. Tetapi diorang tidak buat research dulu dalam satu-satu perniagaan. Bila mulakan sesuatu perniagaan tanpa membuat persiapan timbul lah macam-macam olahan. Timbul lah macam-macam isu. Dan semestinya dia akan merasa give up dan lupakan terus perniagaan itu. Bagi saya seseorang peniaga/usahawan, perlu ada sifat tekun, rajin, usaha, dan tidak mudah give up. Sentiasa mencari idea baru untukkembangkan bisnesnya.
Lebih kurang 500 rakan niaga saya dalam satu bisnes ni, tapi boleh dikatakan hanya 10% yang masih menjalankan dan meneruskan bisnes ini. Mereka cepat terpengaruh dengan perniagaan-perniagaan baru yang sentiasa tip top di pasaran. Prinsip saya, Never Give UP!!! Cth.. di pasaran perniagaan baru sedang tip top tapi produknya sama dengan produk yang saya sedang promosikan sekrang, bagi saya mengapa saya perlu mula balik dari bawah sedangkan saya telah membina perniagaan saya selama bertahun. So saya perlu berfikir macam mana saya nak kembangkan dan kembalikan zaman kegemilangan perniagaan ini.
Kedua.. Saya mempunyai sebuah syarikat Event Management. Saya usahakan dari tahun 2003. Masa tu baru habis SPM. Sampai sekarang saya masih dalakm industri yang sama. Kenapa? Kerana minat.. Saya tahu event management bukan suatu perniagaan yang berterusan, dan ianya bermusim. Macam mana saya perlu lakukan untuk mencapai target bulanan. Cth.. setiap bulan saya perlukan xx ribu untuk meneruskan operasi syarikat. Macam mana saya nak capai sasaran itu.
Dan akhirnya pada tahun 2007, saya menjemput rakan baik saya Mr.Suhail anda Mr.Mahyud untuk sama-sama bangunkan Sefitrah Management. Saya tahu tahap kemampuan mereka, Saya tahu kepakaran meraka. Saya jemput mereka yang berlainan skills dengan saya. Dan akhirnya.. Saya boleh menawarkan pelbagai service kepada pelanggan. Musim corporate event sudah lepas, saya tumpukan pada corporate training, biasanya awal dan tengah tahun. Dalam persediaan untuk musimnya slow, saya kena bersedia untuk school traning dan akhirnya, semua service saya berpanjangan. Anytime anywhere, i will deliver for you.
Be creative...
0 comments:
Post a Comment