21 January 2009

Lebihnya ada pada 'LAGI'

Hari ini saya ada baca tulisan kenalan saya yang saya sudah menganggapnya sebagai abang. Banyak ilmu dia curahkan kepada saya, walaupun jumpa baru sekali dua tapi bagi saya hubungan kami akrab dan saling percaya mempercayai. Dia percaya begitu juga dengan saya, setiap insan perlukan didikan yang baik dan sempurna. Bermula dengan hanya ucapan baik-baik hingga bertukar menjadi sifat di dalam diri. Saya bukan lah Dr. ke Prof Madya ke. Tetapi saya percaya apa tulisannya mengikut logik akal saya.

Seperti katanya, perkara ini timbul kerana pengalamannya di negara asing. Dia melihat cara didikan anak-anak kecil di sana berbeza dengan cara didikan anak-anak kecik kita di Malaysia. Cthnya, kita mengajar anak-anak / adik-adik kita jika salah kita memberi hukuman seperti memukul/rotan/ cubit/marah dan sebagainya. Tetapi kita jarang atau memang tidak pernah cuba melahirkan dan menzahirkan yang baik-baik jika anak-anak kita melakukan perkara positif. Apa salahnya jika kita memuji sedikit, bukan niat untuk membodek.

Pada pendapat saya jika nak di samakan dengan kita yang dewasa ini sama sahaja sebenarnya. Cthnya bila kita berada di tempat kerja, kita di marahi oleh bos, di kutuk teruk oleh rakan sekerja, bukankah ianya akan menimbulkan sikap negatif di dalam diri. Malahan kita sendiri juga akan menyumbang kepada suasana tidak sihat di tempat kerja. Apa salahnya jika si BOSS menegur dengan cara baik seperti cthnya .. 'tini... saya lihat prestasi kerja kamu bagus kebelakangan ini, tetapi.. lagi bagus kalau kamu tingkatkan lagi usaha kamu untuk menjadi pekerja yang cemerlang. ' se simple perkataan 'LAGI BAGUS...' boleh menambahkan motivasi seorang pekerja.

Jika si suami pula, kalau la ada yang tidak berkenan di hati jangan la bersikap atau berkata kasar dengan si isteri. Nampak sahaja keras di luar tetapi di dalam sebenarnya aduhaiii lembut yang amat. Bagi saya orang yang kasar ni sebenarnya dia amat sensitif tetapi dia tidak tunjuk dan banyak berpura-pura sebab dia cuba untuk menutupi kelemahan dirinya. Kalau lah si suami pandai, saya rasa dia lagi pandai kalau mampu meluruskan tulang rusuk yang bengkok tanpa mematahkannya. Cuba anda berkata begini ' Ayang.. abang tgk ayang makin hari makin cantik, makin hari makin cun melecun, tapi kan abang rasa ayg lagi cantik kalau ayang pakai baju kurung dan pakai tudung.' Kalau saya la, dah lama dah cair.. Perempuan ni kan suka di puji, suka di manja .. di belai... LELAKI.. gunakan la kuasa anda tu.. heheh (opss utk suami sahaja)

Bagi saya perkataan LAGI itu mempunyai kuasa yang amat kuat. Mempunyai makna yang tersirat. Gunakan lah setiap perkataan itu sebaik mungkin. Ada perkataan yang memberi maknaya yang bagus, ada perkataan yang maknanya tidak berapa bagus. Anda nilailah sendiri.

1 comments:

Johan Johari said...

betul tu..betul..
ni blog sy:
johanjoharimohdtukiran.blogspot.com