Indahnya seseorang kerana budi dan bahasanya. Sekali tercalar susah untuk menghilangkannya. Setiap individu mempunyai prinsipnya tersendiri. Ada yang senang mendapat kawan susah buat lawan. Dan ada pula yang sebaliknya. Bergantung juga pada pekerti individu tersebut. Jangan salahkan keadaan, jika kita memerlukan kawan ketika susah semuanya lari tidak cukup tanah. Berapa kerat sangatkah kawan yang menghulurkan tangan?
Berkisar tentang 'Kerana Mulut Badan Binasa...' beberapa hari lalu agak sibuk menangani keadaan yang agak tidak terurus. Bukan maksud untuk mengaibkan individu tertentu tetapi sebagai pedoman. Cerita ini tentang kenalan saya lebih kurang setahun lalu berkenalan di satu tempat kerja. Sebenarnya orangnya baik, banyak menasihatkan orang dan cukup pandai mentadbir rumah dari segi kebersihan, susun atur apatah lagi memasak. Tetapi tidak pandai mentadbir kelemahan diri, mulutnya memang tiada insurans dan sikapnya yang baran.
Dalam masa setahun ini bukan sekali dua 'kami' cuba menasihati beliau, malah berkali-kali setiap kali berjumpa dan setiap kali itu jugalah kami di maki hamun. Tapi 'kawan'... yang kami faham memang perangainya macam itu, hati ini masih sabar memujuk. Panggailan 'Babi', 'Puki', 'Bodoh' sudah sebati dengan lidahnya. Dengan bakal suaminya pun tidak berlapik apatah lagi kawan yang baru setahun jagung kenal.
Tuhan itu Maha Kuasa, dua tiga hari lepas dia terpaksa menanggung beban di atas keterlanjuran mulutnya. Hari ini di tinggalkan kekasih, kawan-kawan juga menjauhkan diri, keluarga juga tidak mempedulikan beliau. Makan ke, sihat ke. Kami berkali-kali cuba untuk menguhungi abang, kakak beliau, tapi jawapan yang kami terima memang amat menghampakan. Bukan bercerita kerana nak mengungkit tapi sepatutnya menjadi tanggungjawab keluarga kami pula terpaksa bersabar dengan karenahnya.
Percaya atau tidak 4 hari beliau tidak tidur dan makan. Asyik meraung.. menangis, mengamuk dan sebagainya sampai menggangu kawan-kawan sebilik dan juga jiran-jiran. Kalau di nasihatkannya kami pula di sepak terajangnya. Kekuatannya memang luar biasa, kalau beliau mengamuk memang semua lari. Nak tak nak kami kena la peduli, namanya pun kawan, belikan makanan tapi di tolaknya, bila di pujuk makin menjadi rajuknya. Sampai satu tahap kami pula yang putus asa.
Setelah mendapat keizinan dari keluarga beliau, kami cuba tenteramkan cara elok tapi tidak berjaya. Kami terpaksa simbah dengan air 3 baldi, masih tidak ada kesan. Akhirnya melayang juga tangan seorang kawan kepada kawannya. Walaupun kesian tapi terpaksa. Tetapi masih tiada kesan. Dengan hati yang hilang kesabaran, dia menjadi tempat melepaskan amarah. Hampir pengsan di buatnya, gerun juga di hati, jangan jadi apa-apa hendaknya, sebab dia sudah terkulai, diam dan tidak bergerak selepas kami melepaskannya. Tetapi tidak sampai seminit dia bingkas bangun berlari keluar rumah menjerit-jerit dengan hanya memakai seluar pendek dan singlet. Astagfirullahalazim... persis orang tidak siuman. Akhirnya kami mengalah dan buat tidak tahu. Dan hari ini dia keluar dan masih belum pulang. Kemana dan dengan siapa kami sendiri tidak tahu. Maafkan kami di atas kekasaran yang berlaku.
Sebagai pengajaran, jaga mulut untuk kesejahteraan diri. Yang indah itu dari dirimu sendiri...
0 comments:
Post a Comment