07 January 2008

Semalam..Hari Ini.. Dan Esok..

Semalam, hari ini dan esok. Tanpa semalam tiada la hari ini, apatah lagi esok. Ada sesetengah orang, cuba untuk hindari dari kisah silam. Tidak mahu menjadikan kisah silam sesuatu yang akan merosakkan hari ini, apatah lagi hari esok. Walau sehitam mana pun kisah silam kita, jangan jadikannya sebagai satu alasan untuk tidak berjaya hari ini. Impian Hari esok lebih besar dari sejarah semalam. Dan hari ini adalah penentu untuk mengubah apa yang akan berlaku esok.

Kenapa tidak kita jadikan kisah silam kita sebagai satu pedoman, pengajaran dan cikgu kita untuk hari ini bagi mencapai impian esok hari. Orang kata bukan sekadar berimaginasi dan bermimpi di siang hari. Jadikan mimpi itu satu kenyataan. Bukan senang nak jadikan sesuatu impian tu satu kenyataan. Apatah lagi kalau kita masih di hantui kisah silam. Jatuh bangun individu, tidak kiralah dalam kerjaya, peribadi atau juga perhubungan sesama kita.

Biarpun untuk merealisasikan sesebuah impian itu mengambil satu masa yang lama. Asalkan ada usaha insyallah pasti akan menjadikan satu kenyataan. Sebagai contoh diri saya sendiri : Jika saya mempunyai sesuatu impian atau idea tentang sesuatu. Dan saya tak mampu untuk menjadikan ianya sebagai satu kenyataan, saya pasti akan menggunakan peluang yang ada di sekeliling saya. Macam mana caranya? Kena pekalah dengan keadaan sekeliling. Tak nampak peluang itu hari ini, mungkin esok-esoknya ada. Saya pernah menunggu peluang yang ada sekarang ini semenjak di bangku sekolah lagi. Alhamdulillah, umur saya 23 tahun, baru lah peluang makin bersinar dan menyerlah.

Cuma satu je, bukan semua benda kita mampu lakukan. Mungkin kita tak mampu lakukan seorang diri hari ini, dan kita perlukan rakan kongsi. Insyallah suatu hari nanti, orang lain pula perlukan bantuan kita suatu hari nanti. Tidak mustahil bukan. Hari ini menerima esok pula memberi. Dan esok-esok menerima lagi.

Kisah sila dan sejarah adalah sesuatu yang amat berharga sebenarnya. Aset kita untuk hari ini. Dan esok pula sinar yang akan menerangi hidup kita. Lakukan yang terbaik demi diri sendiri dan juga orang lain. Anda pasti berjaya.

0 comments: