04 January 2008

Bercakap Tentang Peluang...

Setiap orang ada peluang untuk diri sendiri. Kadangkala kita tak perasan pun peluang apa yang ada di depan mata. Peluang untuk perbaiki diri, untuk peningkatan dan sebagainya. Tapi dalam aspek apa. Contohnya kalau time tu kita asyik sibuk berfikir peluang perniagaan sahaja. Kita tidak akan nampak pelang lain-lain. Bukan saya maksudkan tidak bagus. Bila kita tumpu pada satu aspek sahaja, kita akan terlepas peluang-peluang lain. Kita akan kejar satu sahaja peluang.

Diantara yang selalu berdamping dengan kita. Selain satu sahaja peluang yang kita dapat lihat, sebenarnua beribu peluang lain menanti. Contohnya, peluang untuk perbaiki kelemahan diri, hubungan keluarga, rakan-rakan, bisnes, networking. Peningkatan diri juga penting untuk wujudkan peluang. Bila di 'geletek' sedikit baru la jalan. Kalau tidak macam paku, di ketuk baru la bergerak sikit-sikit.

Sesetengah orang, kalau berada dalam zon selesa, dia tidak akan berfikir untuk mencuba dan mencari peluang. Apatah lagi untuk mencipta peluang. Ada 'kawan' pernah chatting dengan saya. Untung lah WNB sebab banyak kawan, banyak peluang senang aje dapat bisnes. Bagi saya bukan senang. Cuma sanggup ke tak sanggup je berkejar ke sana kemari. Ramai yang tak sanggup semua nak kerja senang aje. Kalau hari ini kita berkira untung seciput aje, macam mana esok-esok nak dapat satu guni? Orang kata biar sikit lama-lama jadi bukit.

Kalau kita enjoy dalam pekerjaan kita. Takkan terasa penat lelah. Malahan imbalan yang kita dapat pun akan sentiasa rasa cukup. Nak lebih maknanya kena usaha lagi. 'Kawan' pernah bertanya, tak penat ke buat kerja banyak. Tambah lagi kalo event management. Kesana ke mari. Tengah-tengah malam kena berjaga. Kena layan karenah penganjur, jemputan, crew dan sebagainya. Bagi saya tidak pernah rasa penat kalau kita suka dan minat dalam satu-satu bidang. Malahan kira akan enjoy dan berpuas hati bila melakukan sesuatu walaupun secara volunteer. Sebab dsri situ pengalaman di beli. Mana ada org nk jual pengalaman. Nak dapat kena lah berkorban.

Sebenarnya kita sendiri boleh mencipta peluang. Macam mana? Setiap orang di anugerahkan akal fikiran. Gunalah sebaik mungkin, dan pastikan di dalam bidang yang anda tahu. Jika tidak tau, bertanya lah pada yang tau. Tidak salah berkongsi idea dan pendapatan. Dari tiada lansung. dari tanpa pengetahuan lansung, akhirnya ilmu dapat di kongsi. Mana tau anda boleh lakukan lebih baik dari rakan kongsi anda.

Gunakanlah peluang sebaik mungkin, Jangan biarkan peluang itu berlalu begitu sahaja.
Ciptalah peluang bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk masyarakat.

WNB2011

1 comments:

ahib0205 said...

betul2.. peluang kekadang hnya akan dtg sekali. keputusan sepenuhnya ke atas kita sama ada nk menerima atau menolak. (nilai2 la dulu sama ada peluang tu elok atau tak ye)

Rebutlah peluang semasa hidup... :) (rebut 5 perkara sblm dtg 5 perkara)