Yang hidup pasti akan mati juga suatu hari nanti... Walaupun tak la kenal dan rapat dengan Ustaz Asri dan bukan la pengikut setia Kumpulan Rabbani, tapi agak terasa juga la kehilangan dia dan masih tidak percaya sebenarnya. Soalan yang selalu timbul betul ke dia dah tak der?
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."
Niqoute dari Blog Allahyarham Ustaz Asri. Agak tersentuh juga bila saya bacanya. Sehingga terasa diri ni kerdil sangat, betapa bahagianya dia dengan syurga dunia. Sehingga di dalam benak terfikir mampukah menjadi sepertinya redha dengan segalanya. Menerima Qada' dan Qadar dari Tuhan seikhlas-ikhlasnya. Manusia tidak lari dari cacat cela. Begitu juga dengan saya. Bila orangnya sudah tiada baru la kita mahu mengenang. Itulah manusia.
0 comments:
Post a Comment