17 August 2009

Minggu Suka Dan Duka!!

foto : Murai.Com.My


Tengah syok-syok landing tengok Tv ngan husband, tiba-tiba bunyi sms kat telefon. Erm wat tak peduli lagi, ingatkan kawan-kawan saje je nak beritahu tentang berita pemergian Allahyarham Ustaz Asri. Memang mengejutkan. Selepas seberapa ketika barulah aku terbelek-belek handphone tu. Em ada sms dari orang yang belainan, dua daripadanya bertanyakan tentang Ustaz Asri.

"Dah tau ke ustaz Asri dah tak der?"

Of course la dah tau.. Cuma malam pengebumian tu xdapat pergi husband x berapa sihat.

Dan dua sms lagi memang menyampai berita yang mengejutkan juga.

"oit Akhil Hayy dan Waheeda dah kahwin"

simple aje smsnya. tapi untuk dapatkan maklumat yang betul dan lebih lanjut. Jari jemariku mula menari. Ke sana kemari mencari maklumat.


foto : Utusan

Dan akhirnya ada teman di facebook memberikan link informasi tentang Akhil Hayy dan Waheeda. Di laman web Mstar Online. Erm memang sah... dalam jari jemariku menyampaikan berita kepada rakan-rakan, Si Wahid Senario pula tunjuk gambar Waheeda dengan baju pengantinnya. Pasti hangat isu Melodi Minggu depan. Memang sah dua orang ni dah kahwin.

Banyak komen-komen dan pandangan-pandangan di antara kita yang saya terima. Dan Facebook lah wadah utamanya selain dari blog dan email. Ada yang negatif, ada yang positif. Dan semestinya KITA banyak memberi pandangan Negatif dari Positif. Macam-macam gelaran di beri. Saya tak nafikan setiap orang boleh menyuarakan pendapat masing-masing. Tapi mereka juga mempunyai hak untuk diri mereka untuk membuat keputusan. Bagi saya lebih baik saya bersangka baik dari saya mendorong diri saya dengan menyangka buruk dan timbullah dalam hati perasaan yang kurang senang.

Yang baik-baik itu dariNYA. Dan kita cuma hambaNYA.

0 comments: