Jadi Cikgu ajar Microsoft Excel.. huhu... Tak pe2 time ni la nak tau kita ni ada bakat jadi pengajar x.. hehhe erm, rupa2nya saya x tau guna microsoft access... boss tanya semalam tau guna x? satu hari try godek2 tapi xtau jugak nak guna. erm hari ni nampaknya nak kena godek lagi ni. Sambil-sambil perkena Bakso kat Dataran Mentari nanti.
Kadang-kadang ada perkara kita rasa kita tahu buat, tapi bila cuba nak buat kepala jadi blurr dan x tau nak buat apa. blank. Kadang-kadang ada perkara kita rasa kita tak tahu buat, bila mengadap automatik kita jadi tau nak buat x payah orang suruh2, org ajar. Saya selalu dengar perkataan hanya kita sahaja yang tau apa kebolehan dan kemampuan kita. Apa kita fikir mampu lakukan kita akan rasa kita boleh lakukan, dan resultnya tak semestinya seperti yang kita harapkan, selalunya begitu. Tapi kemungkinan juga berbeza bagi setiap individu. Kadang-kadang apa yang saya rasa saya tak boleh lakukan, tapi saya cuba juga lakukan, pasti resultnya boleh la di banggakan. Hehehe...
Secara tidak lansung saya cuba memahami sesuatu dari tulisan saya sendiri. Dan... tiba-tiba terlintas satu perkara, mungkin juga saya ambil mudah bagi setiap perkara yang saya rasa saya boleh lakukan. Dan saya tak serius, biasanya saya akan lepaskan pada crew2 saya. Bila saya rasa sesuatu perkara itu susah saya akan tumpukan perhatian kepada perkara tersebut. Dan pelbagai planing, draft, perbaiki lagi dan lagi, berbincang sana sini... untuk menyempurnakan sesuatu yang saya rasa agak mustahil untuk saya lakukan. Dan resultnya amat membanggakan. Erm.. TEAMWORK!!
Itulah yang di namakan teamwork.
0 comments:
Post a Comment