03 August 2009

Tempoh Bertenang

Hari ni nenek admit hospital again sebab nak cuci buah pinggang. Huhu bak kata boss 'dah tua'... erm terpaksa balik awal KL sebab selain tanggungjawab dengan family ada tanggungjawab lain termasuk dengan tanggungjawab sebagai pekerja. Erm hari ni jugak start kerja balik. Heheh, walaupun tak la bz sangat, tapi agak bz jugak la selepas dapat cal dari boss, nak kena taip balik database. Ops copy & paste... :p

Saya ambil sedikit waktu bertenang... untuk menyusun kembali jadual-jadual saya, dan planning agenda seterusnya. Termasuk dengan hal kerja, hal peribadi, hal bisnes dan sebagainya. Yang mana tak penting dan tak berapa penting saya terpaksa cut-off dulu. Maybe ada masa saya sambung balik. Saya mohon maaf pada rakan-rakan yang mungkin dok selalu buzz kat YM, hantar email cuba mem'promote' bisnes mereka. Saya tak kata bisnes anda tak bagus, bagi saya semua bisnes bagus. Cuma saya agak pack sedikit kebelakangan ini.

Ada yang mengatakan rugi jika saya x join, ada yang berbaur perli-perli, marah-marah. Huhu saya terima sahaja dengan redha. Sebab bagi saya kalau saya join sesuatu bisnes tapi tak boleh bagi komitmet yang akhirnya saya sendiri x tau mana nak berpaut. Baik saya ambil saya masa bertenang dan jalankan tanggungjawab yang sedia ada. Mungkin bagi orang lain mengangap nak mengurus sesuatu web autodownline atau apa-apa web yang melibatkan pihak ketiga ini senang. Tapi tidak bagi saya. Dan saya cuba yang terbaik bagi anda.

Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan tulisan saya kali ini.


0 comments: