Sedang berfikir hidup sendirian tanpa ada seseorang di sisi... Bagaimana agaknya suasana masa itu. Tanpa seseorang yang sering menjadi penghuni di sofa coklat itu, tanpa seseorang yang sering bertenggek di meja workstation bersama gadget kesayangannya. Bila pulang.. kosong.. yang ada hanya meja, kerusi, tv, peti ais, lampu... pasti suram. Walhal bila ada, keadaan tetap sama.. masing-masing seperti endah tidak endah... Seperti tiada orang lain di situ. Bila tiada di depan mata... Pelik.. mana orang lain. Aku seorang ke?.. hehhe
Bak kata kawan baru ku... Jangan terlalu banyak berfikir, teruskan apa yang terlintas di hati. Hidup mest di teruskan... Lama-lama nanti biasa la. Betul, tapi dalam tempoh nak biasakan diri tu... adakah aku akan jadi sama seperti yang pernah aku lalui dulu. Tapi kali ini keadaan tidak seteruk dulu. Mungkin kepala aku kosong, tidak mampu berfikir lagi. Antara cara hidup yang di kejar dan kehilangan hidup yang sekarang.
Tidak ada lagi rangkulan dan peluk cium bila di perlukan. Tiada lagi.. permintaan yang mahu di belai manja. Yang ada cuma... Aku... dah barangan kaku di sekeliling... Antara mengikut perasaan dan buat xtau sahaja... itu la aku sekarang... blurr.. ingin mengikut perasaan.. aku tetap akan menjad seperti hari ini, mengikut telunjuk orang. Jika buat tidak tahu sahaja... aku bakal di tikam berkali-kali, setiap hari, setiap masa, setiap detik. Mampukah aku harunginya?
Bila di panggil.. tiada sahutan... bila merengek tiada lagi rangkulan. Bisakah ini ku telan...
Ah hidup jauh lagi perjalanan.. Perjalanan yang kosong bakal aku tempuhi.. Doakan aku kuat... Kuat harungi semua ini..
1 comments:
ni awat pulak dah....
Post a Comment