Jika dulu sikit pun aku tidak peduli, jika dulu sikit pun aku tidak memandang setiap perjalanan hidupmu. Bagi aku semuanya remeh. Tidaklah sesukar yang pernah aku alami. Bagi aku, kau baru mula bertatih, mengenal setiap onak dan duri dalam menempuh semua cabaran kehidupan. Tapi bila fikiran aku, perasaan aku sesaat terhenti, tatkala ia cuba memproses dan menganalisa apa yang terjadi. Tidak mungkin aku akan biarkan kau sendirian. Susah untuk aku melepaskan kau keseorangan menempuhinya. Aku sukar membiarkan sejarah yang pernah dulu menghancurkan kehidupan dan perjalanan yang sepatutnya di limpahi kasih dan sayang, di limpahi dengan semua impian dan cita-cita si gadis yang baru melangkah ke dunia yang lebih luas. Sikit pun akan ku cuba tidak membiarkan kau terus menjadi buruan ganas dunia kini. Cemburunya mereka kerana kau bahagia. Cemburunya mereka kerana kau kuat menghadapi setiap dugaan. Bagi aku, dengan usiamu yang setahun jagung, masih banyak yang perlu kau terokai, masih banyak yang kau perlu pelajari. Aku insan biasa, yang tidak mampu memberi kata-kata nasihat, aku insan biasa yang tidak mampu memberi kata cadangan, aku insan biasa yang tidak mampu menunjuk arah. Cuma aku seorang pemerhati, pemerhati kisah-kisah duniawi. Aku cuma mampu berkata-kata di sini, dengarlah wahai kawan, aku tidak bisa berada di sampingmu di saat kau memerlukan. Cuma setiap kali kau rasa terancam, setiap kali kau rasa di duga, setiap kali kau rasa tidak menentu, dan setiap kali itu jugalah cuba kau fahami setiap tulisan yang aku dedikasikan khas buatmu.
Tiada yang lebih indah jika kita mampu harungi setiap cabaran dan dugaan. Yang aku dan
Kak Nisha khuatiri, kau jatuh sebelum sempat berlari. Tapi aku yakin, kau lebih kuat dariku, lebih utuh imanmu dariku, lebih menyerlah keperibadianmu dariku. Kawan, jika kau tidak dapat menangkap setiap kata-kataku. Aku mohon agar kau di dorongkan ke jalan yang lebih baik dari aku. Aku kagum dengan cara kau menangani masalah yang menimpa. Aku kagum dengan sikapmu yang tidak mudah melatah. Apa yang aku pinta, jangan sesekali kau cuba menoleh ke belakang. Mengulangi kesilapan lalu, seperti aku... Seperti aku yang membinasakan apa yang telah aku ada. Seperti aku mempertaruhkan sesuatu yang tidak patut aku pertaruhkan. Seperti aku yang di pernah di gelar 'hati kering', seperti aku yang tidak pernah cuba untuk muhasabah diri, dan seperti aku terus tenggelam kerana keseronokan meng'explore' keseronokan dunia. Jadilah insan yang lebih baik dari ini. Apa yang 'dia' telah bekalkan kepada, peganglah dengan utuh, tambahkan nilai-nilai yang baik dan lebih baik. Jangan sesekali kau terpesong arah. Sekali kau mengundur.. sukar untuk bangun dan berdiri gah seperti hari ini.
Aku dedikasikan lagu ini khas buat mu Teman...
Ainul Mardhiah
Artist : UNIC
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih
0 comments:
Post a Comment