Sudah sebulan berlalu, tanggal 24hb September 2009 lebih kurang jam 5.00ptg nenek aku telah meninggalkan kami semua. Aku bukan tidak boleh menerima hakikat dan tidak percaya, tetapi aku masih dapat merasa kehadiran dia dalam hidup aku. Sudah sebulan jug
a aku menangguh untuk menulis tentang dia. Bukan kerana aku tidak sanggup tetapi mungkin kerana aku menunggu masa yang sesuai dan aku biar aku betul-betul terasa kehilangan dia. Tetapi sehingga hari ini aku masih merasa dia tetap ada. Mungkin aku juga mengharapkan nukilan aku terhadapnya 'perfect' yang boleh di kenang sampai bila-bila.
Setiap kali aku merinduinya, teringat akan dia. Bila aku pejamkan mata dan cuba untuk melelapkan mata. Tiap kali itu juga suaranya terngiang-ngiang di telinga aku, di fikiran aku berserta dengan peristiwa-peristiwa dan kenangan-kenangan bersama.
Ketika aku masih kecil, mungkin usiaku dalam lingkungan 5-8 tahun. Aku sentiasa tidur bersamanya. Tidak lekang darinya. Satu
habit aku sama seperti 'mok' air yang bergas seperti Coke, F&N dan juga coklat cadbury tidak pernah putus dan sentiasa berisi di dalam peti ais. Mungkin sudah menjadi kebiasaan dari kecil. Masih aku ingat, walaupun aku sangat suka tidur di dalam pelukannya, tapi tiap malam jugalah aku tidak selesa dan tidur di dalam ketakutan. Bukan apa, dia berdengkur kuat. Hehe, setiap kali aku terdengar dengkurannya tiap kali itu juga aku gelisah. Sukar untuk aku melelapkan mata.
Kami dulu 'hantu' cerita-cerita hindustan. Setiap kali filem baru keluar pasti kami tidak pernah terlepas untuk menontonnya. Apatah lagi panggung sabtu. Dulu masa aku berada di darjah 6 / tingkatan 1 kalau tidak silap la kan. Aku dengan sepupu aku Ashraf masih mandi bersama, sebenarnya bukan apa sebab kami sama-sama merokok dan pada masa itu sebenarnya kami tengah layan rokok dalam tandas. Asap berkepul-kepul di ruang legar tingkat atas rumah nenek. Apa lagik, pintu di ketuk di tendang macam nak pecah. Kami pula di dalam toilet sudah menggelabah, rokok yang baru di beli kami sorok di belakang pintu, asap sudah tak boleh nak sorok. Aku sudah menikus, Ashraf pula dengan bersahaja buka pintu. Apa lagi dua-dua kena cubit. Aduh, masih aku ingat sengatannya. Sampai luka aku di cubit, di bahagian paha. Kerana dua sebab, sebab yang pertama kami merokok, sebab yang kedua dah besar panjang tapi masih mandi bersama dengan sepupu pula tu. Hehe masa tu mana tahu malu.
'Mok' ni cepat naik angin. Cepat melenting, tapi dia suka manjakan kami. Apa kami nak semuanya dapat. Mahal ke murah ke semua dapat. Sebab itu juga lah Abah aku sering melenting. Masih aku ingat, setiap minggu aku dapat RM100 untuk beli novel. Khas untuk novel sahaja, tidak termasuk dengan belanja ke sekolah dan benda-benda lain. Selepas ayah aku tahu, walaupun aku dapat RM10 tiap kali itu jugalah aku kena rotan. Sejak itu aku sudah tidak berani untuk meminta apa-apa sampailah sekarang. Dulu.. masa aku tingkatan 3 di Sekolah SMUAPM atau sekarang lebih di kenali sebagai Maahad Muhammadi Pasir Mas (MMPM), balik je sekolah aku pasti akan membantu 'Mok' di kedai makannya. Apatah lagi kalo cuti sekolah hari Jumaat dan Sabtu. Walaupun kadang-kadang malas... Tapi sebenarnya aku suka dan minat untuk berniaga. Jadi tukang bancuh air dan pelayan pun jadi lah. Aku pun tidak pasti berapa lama restoran itu bertahan, sebab makin lama nenek makin 'tak larat' untuk menguruskan restoran tu. Akhirnya restoran tu di TUTUP. Aduh sampai sekarang aku sedih. Aku sayangkan restoran tu. Aku tak tau kenapa. Aku begitu sayangkan restoran tu.
Pernah sekali 'Mok' bawa kami berempat ke Kuala Lumpur dan menginap di rumah Pak Cik Din di Keramat kalau tidak silap aku. Aku masih ingat no jalan tu, AU5C. Heheh tapi aku lupa jalan dan rumah yang mana satu. Kalau aku berada di lorong itu maybe aku boleh ingat rumah yang mana satu. Pada masa itu 'Mok' ada urusan tentang penjualan rumah yang di diami Pak Cik Din. Rumah tu 'Mok' jualkan pada Pak Cik Din. Pagi-pagi seawal 8.30pg-9.00pg 'Mok' tinggalkan kami di Sunway Lagoon berbekalkan RM200 seorang tidak termasuk harga tiket. Tiket dia beli lain. Wah, memang best sangat-sangat. Siap beli swimming suit satu sorang, makan aiskrim, burger dan macam-macam lagi la. Yang best satu hari suntuk kami di sana, dari awal hingga ke petang huhu ada life guard yang jaga kami. Ke mana kami pergi ke situ lah dia ikut. Maklumlah masa tu kami ni kecil-kecil lagi, nenek tinggalkan kami di Sunway Lagoon sehingga 6.30ptg. Memang hari yang paling menyeronokkan. Keesokan harinya nenek belikan aku sandal Scorpians dan jam tangan Reiko. Tapi jam tu hilang di asrama. Sedih betul.
Saat-saat terakhir aku bersama dia bukanlah sesuatu yang aku banggakan. Nasib baik sepupu aku Arisha paksa aku balik beraya di kampung. Kalau tidak tahun ni aku pasti beraya bersama suami di KL. Aku sempat makan makanan kegemaran aku, Daging bakar dengan air asam, Ayam ceti, Sup Ayam dan macam-macam lagi. Cuma satu je ikan 'keronge' = Jaket sumbat. Dah lama tak makan. 'Mok' ada tanya aku nak makan apa, dan kali ini aku memilih nak makan samarodin. Sebab aku teringat masa aku kecil-keci dulu dia selalu buatkan. Kononnya aku ingin kembalikan kenangan itu. Kerana aku rindukan zaman kecil-kecil. Tapi aku silap. Dia.. tidak seperti dulu sudah semakin uzur dan aku meminta sesuatu yang dia 'tak larat' nak buat. Mula-mula dia bising, membebel. Dia kata minta sesuatu yang susah nak buat. Aku bukan apa sebenarnya aku mahu belajar macam mana nak buat. Seumur hidup aku tidak pernah jumpa samarodin di mana-mana, hanya dia sahaja yang buatkan. Aku ingatkan dia tak buat.
Aku ke sana ke mari dengan sepupu-sepupuku, tiap-tiap hari aku keluar melepak, dan nak di jadikan cerita pada 23hb sebelah petang dalam jam 6ptg, aku melangkah aje masuk dalam rumah aje dia membebel. Macam-macam dia bebel semua benda dia sentuh. 'Apa nak jadi lah dengan Kak Long ni... Dah besar panjang, dari kecil sampai besar tak berubah-berubah. Rokok tak juga berhenti-henti lagi. Kita tu bini orang, kena ingat sikit. Jalan ke sana ke mari, malam-malam merayap balik tengah-tengah malam. Kadang-kadang tak balik rumah. Aduh banyak lagi lah dia tegur. Boleh di katakan semua benda dalam hidup aku yang perlu di tegur dia tegur. Seperti pesanan terakhir. Dalam dia membebel-bebel tiba-tiba dia sakit dada. JANTUNG. Semua orang dah pergi urutkan dia, bagi dia ubat. Tapi aku.. dengan sikap degil aku, ego aku. Aku hanya memandang dari jauh. Tapi hati aku terdetik, inilah
last aku dapat tengok nenek. Aku sempat mengambil gambar dengan telefon tidak seberapa aku. Gambar semasa dia tengah menarik-narik rambut. Dia menangis kerana terlampau sakit.
"Aduh laa.. kenapa sakit sangat ni, semua sakit.." sambil dia menarik-narik rambut dan menggosok-gosok mukanya. Aku hanya memerhati. Hati aku keras seperti batu. " Ya Allah Ya Tuhan... kau ambillah nyawa aku, aku tak tahan sakit dah ni" Nenek merayu-rayu sambil menangis. Air mata dia makin lama makin laju. Setiap titik yang keluar aku perhatikan. Tiba-tiba dia tidak sedarkan diri. Air liur meleleh. Mata terbeliak. Papasu, adik abah aku menepuk-nepuk muka Mok. "Mek, bangun mek. Bangun ngucap Mek" Muka Pak Cik aku dah lain macam. Tapi aku? Aku masih dalam keadaan seperti tadi. Hanya kaku memerhati. Hati aku sayu, di robek di tikam dengan kejadian itu. Tapi.. ego aku menolak segalanya. Dengan muka tidak berperasaan aku diamkan diri di sofa.
Bila semuanya sudah pulih, nenek tengah bersolat maghrib. Aku packing pakaian aku dan keluar dari rumah. Aku masih keras hati... Sebenarnya aku bukan ke mana pun aku ke rumah sebelah je rumah sepupu aku. Dan malam itu aku tidak boleh melelapkan mata. Tepat Jam 3.00pg rumah nenek aku bising. Dengar rintihan nenek beraduh kesakitan. Aku hanya mendengar. Diam membisu. Tiba-tiba "ALLAH!!!!!!" Lantang suara nenek menyebut... Dan terus sepi..sepi sekali. aku gagahkan diri mengintai di celahan tingkap. Aku melihat atukku kesana ke mari. Dan menyuruh sesuatu kepada Abah aku. Aku kembali ke tilam dan cuba untuk lelapkan mata. dalam fikiran aku, itu lah suara
last aku dengar dari dia. apa jadi pada nenek???? aku tertanya-tanya. Kalau esok aku bangun orang ramai, confirm nenek dah tak der. Tapi aku yakin esok pasti ramai orang. Hati aku begitu kuat. Aku tidak tahu kenapa.
Esoknya jam 12.00tgh, aku hidupkan hp aku. berpuluh-puluh sms dan missed call aku terima. Semuanya dari Ummi dan adik aku,
Sue Lan. Adik aku suruh balik. Jam 1 tgh aku balik da mandi-mandi. Nenek admit CCU di Hospital Kota Bharu. Aku bersiap-siap nak melawat dia. Jam 4 petang aku bertolak dari Rantau Panjang ke Kota Bharu. Semasa di dalam perjalanan kami masih lagi gelak ketawa dan bergurau senda. Aku stuck di Pasir Mas. Tiba-tiba Arisha menerima sms dari Papasu, ayahnya bertanyakan kami di mana. Arisha membalas dan mengatakan kami di dalam perjalanan ke KB dan jem di Pasir Mas. Papasu reply balik, 'tak payah datang, Mok dah tak de' Arisha terus menangis, Baby juga menangis, Mak cik aku diam, tapi matanya bergenang dan aku? Aku seperti kosong tanpa rasa apa-apa. Tapi fikiran aku bercelaru, penuh... Tiba.. srttt!!!! aku brek... berdecit... sikit lagik aku nak langgar kereta depan. Mak cik aku suruh patah balik. Dan aku mengikut.
Sampai sahaja di rumah, semua orang sedang sibuk mengemas, kosongkan ruang tamu, dapur. Malam ini jenazah akan sampai. Aku masih lagi diam dan kosong. Tanpa perasaan. Apa yang di suruh aku buat. Dan Malam itu semasa jenazah sampai aku hanya memerhati. Semua orang menangis dan aku, aku ego... aku tidak mahu melayan perasaan, jika aku melayan aku juga akan menjadi seperti mereka, menangis dan menangis. Aku paling tidak suka menangis dan rasa kehilangan. Aku benci perasaan itu. Aku rasa aku lemah jika aku berperasaan begitu. Bila tiba saat memandikan jenazah, aku takut-takut mahu mandikan. Tapi aku gagahi jua. Saat tanganku tersentuh kulit Arwah Nenek. Sejuk... itu sahaja aku boleh katakan. Sejuk dan sejuk. Bibirnya pucat dan memutih. Matanya berkatup rapat. Sekali aku pandang ke wajah arwah nenek Lenanya Mok Tidur hati aku berbisik.. menipu diri sendiri. Saat itu aku mula sebak. Aku mula yakin NENEK SUDAH TIADA. Satu persatu air mata aku jatuh. Makin lama aku makin terisak-isak sehingga aku tidak dapat menyudahkan mandian jenazah. Adik aku
Sue Lan menyambung tugas aku. Aku memelut erat tubuh adik aku
Fie Na. Aku menangis dan menangis.
Apatah lagi saat mengkafankan Arwah Nenek. Aku cium pipi nenek lama-lama. Seperti aku terapkan semua kasih sayang yang aku tidak pernah tunjuk selama ini. Seperti aku luahkan perasaan dan kata maaf yang aku simpan sebelum ini. Aku seorang yang paling susah untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf. Kalau aku salah aku diam, kalau aku betul macam perang dunia aku pertahankan jika aku betul. Tapi Maaf, sesekali susah untuk aku lafazkan. Kecuali dalam blog.. Dan aku terus menangis sehingga saat terakhir aku melihat wajah Arwah Mok sebelum di tutup dengan kain kafan. Malam itu, aku ikut jenazah sehingga ke kubur.Dari A-Z, hati aku meruntun ingin melihat proses yang terjadi. Kali ini aku tidak mahu terlepas melihat apa yang terjadi. Setiap malam, setiap hari aku akan melalui kawasan kubur, ucapkan salam. Dan aku pasti suarakan "Mok.. Apa khabar Mok? Macam mana keadaan Mok sekarang?" dan aku menangis. Seorang diri. Itu aku, sesekali aku tidak akan tunjuk di depan orang aku lemah.
Mok, maah ko kak long dari ujung rambut sapa ujung kaki. Dari kecik sapa besar Kak Long sokmo buak sakik hati Mok. Mace-mace kak long buat mok maroh. Walaupun mok sakit mok buat jugok samarodin tu biar pung tok de siap. Sedih kak long mok. Sebab mok gi ngelah nga kak long. Ngelah mok buat sumo ko kaklong, ptg tu jugok mok ngepek ngelah pasa oghe jugok. Mok.. setiap kenangan oghe nga mok dari kecik sapa besar, oghe akan ingat. Gapo mok wak kok re. Kenange dari kecik pah besar oghe ingat blako. Sikik pung oghe xlupo. mace2. oghe saye ko mok tapi oghe tok gheti nok tunjuk. Oghe buke tok se tolong mok, tapi mok bekeng telajok, oghe dok berani. Mok keno suruh dulu baru oghe wak. kak long minta maaf mok. I Love You! I Miss You!
1 comments:
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati dan kepadaNya lah kita akan kembali....teringat juga saya kepada rakan rakan rapat yang telah pergi menemui Illahi...semoga roh semua muslimin dan muslimat di rahmati Allah dan di tempatkan bersama sama orang yang soleh.
Post a Comment