Sejak raya hari tu, kepala agak kosong sedikit, ada dua tiga benda nak di kongsikan, tapi bila berdepan dengan lappy kesayangan ni, kosong je. Blank. Mungkin kerana banyak perkara yang perlu di lakukan + emosi yang tidak berapa stabil. Ala.. rilek la xder papenya. Cuma dengan kehilangan demi kehilangan sejak kebelakangan ini buat aku jadi kosong, empty terus dari segi emosi dan fikiran. Tapi tidaklah sampai melakukan perkara-perkara biol!...
Semalam aku ada berjumpa dengan seorang hamba Allah. Bercerita tentang kehidupan, lelaki dan perempuan, kepercayaan, rohaniah dan juga pelajaran. Yang menjadi isu hangat antara aku dan dia adalah tentang isu kepercayaan dan hubungan antara lelaki dan perempuan. Bukan aku nak cakap aku betul atau dia yang betul. Cuma berlainan pendapat dan kefahaman masing-masing.
Mungkin bagi dia @ lelaki hubungan 'teman tapi mesra' adalah perkara yang boleh di lakukan. Aku tidak menyangkal pendapat itu, kerana aku sendiri mempunyai sahabat lelaki yang baik dan mesra. Cuba layanan yang berlebihan atau sikap prihatin dan kontrol yang berlebihan akan membuatkan situasi bertukar menjadi kawan kepada lebih intim dan mesra. Mungkin pada si jejaka tiada apa yang berbeza. Tapi dengan sikap yang baik, prihatin dan penyayang yang berlebihan, si perempuan akan mula berubah persepsi dan layanan. Mana ada perempuan yang sanggup lakukan dan berkorban untuk lelaki yang bukan menjadi taruhan. Sanggup memendam perasaan, sakit hati, cemburu dan sebagainya. Hanya kerana tidak mahu si dia perasan dengan sikap dan hati yang makin lama makin berbunga bukan lagi berputik. Pada tanggapan si perempuan tersebut, jika si jejaka mengetahuinya kemungkinan akan pudar saat2 manis tersebut atau mungkin juga dia akan kehilangan jejaka itu selama-lamanya. Jadi, dia mengambil sikap mendiamkan diri dan memendam perasaan. Walhal suatu hari nanti dia sendiri akan merosak dan menghancurkan perasaanya sendiri. Kecewa dengan situasi atau keputusan, tingkah laku si jejaka. Apatah lagi jika si jejaka secara terang-terangan mengakui ada menyukai sesorang dalam hidupnya dan bukan si perempuan tersebut.
Tapi tidak mustahil ada juga si perempuan yang suka berterus terang dan sanggup mengahdapi risiko kehilangan seorang teman jika meluahkan perasaan. Tapi berapa % sangatkah perempuan yang bersikap begini? Boleh di katakan mustahil si perempuan memulakan dahulu. Tapi saya tidak menyangkal jika ada perempuan yang bersikap demikian. So bagi rakan semalam, saya harap anda faham situasi perempuan tersebut. Jangan terlalu memberi dan mencurahkan harapan kepadanya. Sehingga dia memberi 100% jiwa dan perasaanya kepada anda, tunggu masa untuk di robek, dan di hancurkan dan pada masa itu apa akan jadi pada perempuan tersebut. Iman sahaja yang bakal mencorakkannya kembali. Kalau yang jenis tiada iman di dada, pasti perkara-perkara yang tidak di ingini akan berlaku.
Saya cuma berasa simpati dan tidak mahu perkara seperti ini berulang di dalam sejarah hidup saya. Memerhati, melihat dan merasa situasi seperti ini. Saya harapkan si perempuan memahami apa yang saya ingin sampaikan. Terimanya secara positif. Bina hidup baru tanpa bayangan silam. Mungkin pada orang lain perkara seperti remeh. Tapi tidak bagi perempuan, aku sebagai perempuan memahami situsi ini. Ianya sebahagian dari kehidupan.
Sorry jika ada yang tersinggung. Ini cuma pendapat saya sahaja. Terpulang kepada anda mahu menerimanya dan berani menanggung risiko atau tidak.
0 comments:
Post a Comment