Diam adalah satu perkara yang paling bagus. Diam juga merupakan jawapan. Diam tanda setuju, tapi diam juga tanda TIDAK atau nafi. Bagaimana orang mahu mendefinasikan diam mengikut cara masing-masing. Dalam sesetengah situasi memerlukan percakapan atau komunikasi untuk meredakan suasana atau leraikan persoalan, dalam sesetengah keadaan pula lebih baik mendiamkan diri dari banyak bercakap, jika diam itu tanda damai, jika diam itu boleh menyelesaikan masalah, dan jika diam itu membawa kearah kebaikan, lebih baik diam dari bersuara.
Sesuatu keputusan bukan senang untuk di buat, banyak aspek yang perlu di fikirkan, bagi aku jika sudah di desak membuat keputusan, aku lebih baik diam dari bersuara, biar pihak lain yang membuat keputusan, aku tidak mahu suatu hari nanti timbu sesalan yang aku turut serta membuat keputusan itu. Bila pihak lain yang membuat keputusan sekurang-kurangnya aku boleh menarik nafaz lega kerana oran lain membuat keputusan kerana aku, dan bukan aku membuat keptusan kerana orang.
Apa perasaan aku tika ini? Entah... aku sendiri tidak pasti, yan pasti aku ibarat be
rada di sebuah lembah yang kosong, satu ruangan yang luas, cukup luas, sehinggakan aku tidak pasti apa yang ada di sekeliling aku. Ada tapi seperti tiada, fikiran melayang... tiada satu pun yang dapat menarik perhatian aku. Berdiri kaku di tempat aku berdiri, tegak tanpa sedikit pun gerakan. Mahu menapak ke hadapan ada sedikit goyah, jika mahu di undurkan selangkah aku seperti fobia dan takut. Akhirnya aku membuat keputusan berdiri kaku, tidak perlu mengambil apa-apa langkah sehingga keadaan yang merubah segalanya. Jika benar dia mahukan begitu, biar dia yang membuat keputusan, jika benar dia hanya menduga aku, kembalilah.. , dan jika benar dia masih menyimpan sekelumi perasaan, buka pintu hati terima seadanya, bukan mengarah dan memerintah.
Jika di telan mati emak, di luah mati bapa.
0 comments:
Post a Comment