06 January 2010

Jika itu yang kau pinta..

Sekali lagi email yang meragut segala kekuatan aku menerjah ruangan inbox. Kadangkala aku sengaja melambatkan proses untuk membaca email tersebut, sebab aku tidak pasti apa kandungannya. Walauapapun keputusan yang di ambil aku hanya berserah kepada dia. Bahagia untuk dia aku cuba untuk menumpang selebihnya. Jika masih ada sisa.

Walauapapun, kenangan ahad lalu amat berbekas dalam memori, ini kerana janji 4 tahun sudah sudah di tunaikan, pertama kali kami keluar bersama tiada pertengkaran berlaku, dan masing-masing terhibur dengan percutian singkat itu. Kadangkala aku tertanya, kenapa di saat akhir begini harus ada perkara yang di impikan sebelum ini. Tiada rungutan, tiada bebelan, tiada cemuh dan sebagainya.

Aku sendiri tidak pasti apa akan berlaku, cuma aku harapkan yang terbaik. Seluruh urat saraf aku seperti longlai tidak lagi terdaya. Untuk mengungkap kan kalimah-kalimah, memulakan percakapan dan memberi respon juga aku tidak terdaya lagi. Cuma aku harapkan yang terbaik untuk dia. Aku tidak mampu lagi untuk menahan dan memujuk. Jika itu keputusan dia, rela atau tidak aku terpaksa terima. Jika itu kemahuan dia....

Aku cuma sekadar melukut di tepi gantang, yang seringkali di anggap beban untuk meneruskan perjuanagan. Aku bukanlah insan istimewa, aku bukanlah insan yang sempurna aku hanya sekadar manusia biasa yang bernama Wan Nur Batini. Jika kesempurnaan yang kau car, aku minta maaf, tiada padaku..

Cuma ingin aku abadikan kenangan bersama di sini.. Di mana aku perlu cuba menongkah arus tanpanya. Cuba memulakan hidup baru seperti yang kau pinta. Aku tahu kau lebih bahagia bersama kekasih hatimu, mama yang seringkali cuba meraja di mana-mana. Aku sedar, di sini bukan lagi your home sweet home. Nun di sana, Petaling Jaya syurga idaman mu. Hiduplah dengan tenang, aku doakan kebahagiaan yang kau cari akan di temui.

Terima kasih atas segalanya. Kenangan, email-email madah puisi, janji-janji, kata-kata semangat. Aku ku ingat sampai bila-bila. Kasih sayang yang pernah kau lafazkan, sayangnya aku tidak dapat merasa seperti yang di ungkapkan. Itu yang aku cari, jika jawapan yang kau pinta.

dari ku untukmu
moga kau berbahagia..

0 comments: