Koleksi mimpi aku sejak dua menjak ini...
Aku pernah bermimpi... dalam mimpi tu aku tgk nenek aku tgh tidur. Padahal aku tahu nenek aku dah meninggal. Aku menafikan hakikat tu dalam mimpi. Aku katakan pada diri aku, inilah peluang terakhir aku nak peluk cium dia. Aku kejutkan dia dari tidur, dia buka mata sekadar memandang kosong kepada aku, tanpa sepatah kata pun. Aku cium dia di pipi dan aku terus berlalu...
lagi tentang nenek aku... aku mimpi aku sedang menatap gambar nenek, bila aku pandang sekeliling ruangan tu penuh dengan gambar nenek. ada satu gambar tu dia pakai kain kafan...
tentang suami aku...
aku mimpi aku naik sampan dgn dia, dia nak hantar aku ke destinasi yang aku nak pergi tanpa kerelaan dia. Masa dalam sampan tu tiba-tiba arus reas, aku tergolek jatuh dan sempat berpaut pada sisi sampan. Aku bukan main payah lagi cuba menahan arus, tapi dia hanya sekadar memandang sahaja.
lagi mimpi ttg suami aku, dalam mimpi tu ada 3 org, aku, suami aku dan orang yang pernah aku suka. Bila aku mamandang kenan orang yang aku suka menghulurkan tangan ingin aku mengikutnya, bila aku pandang kiri, suami aku hanya memandang sahaja. Aku teragak-agak mana satu aku ingin pergi dan akhir sekali aku memilih suami aku untuk terus bersama dia.
di rumah mentua, mama memandang kearah aku dan suami aku, tanpa sebarang kata tapi aku tahu dia xsuka aku dan ingin anak lelakinya kembali ke pangkuan dia. Dalam mimpi tu suami aku tetap menyanyangi aku dan memilih untuk terus bersama aku.
ni baru semalam aku mimpi, lahi ttg aku suami dan mentuaku, tapi kali ini suami aku memilih keluarganya daripada aku.
Dan akhirnya aku kesorangan hingga hari ini... apa makna semua mimpi ini pun aku xtau...
0 comments:
Post a Comment