20 January 2010

Cerita Ceriti Jari Jemari

Ramainya kawan-kawan zaman sekolah, terutamanya dari Maahad Muhammadi Pasir Mas. Huh aku Sekolah Menengah Ugama Arab rupanya, erm macam ni ke budak sekolah MMPM? hehe ok back to my frenz... Walaupun satu batch SPM 2003, aduii ramainya aku x kenal, apatah lagi kat facebok tu, aku rasa dua tiga orang je aku kenal. Macam mana aku boleh lupa kawan-kawan. Mungkin aku sendiri 'lari' dari hidup aku sebelum ini, aku tidak mahu fikir sedikit pun tentang perkara yang sudah lepas, aku sudah 'set' kepala aku supaya jangan fikir dan jangan ingat. Setiap memori aku click aje delete terus masuk dalam trash a.k.a bakul sampah. Kat bakul sampah tu pula aku klik lagi sekali empty recycle bin. So memori terpadam semua sekali. Macam mana mahu aku ingat.

Tiba-tiba aku rindukan suasana persekolahan, gelak ketawa dengan rakan-rakan, main sukan, majlis-majlis di sekolah, solat jemaah di surau dan sebagainya. Aku cuma dapat merasakan adanya rindu di hati, tetapi aku tidak mampu mengingati setiap detail yang terjadi. Pernah rakan-rakan aku cuba memnginatkan aku peristiwa-peristiwa lucu di sekolah, dia ulang tayang balik apa yang berlaku.. Tetapi aku masih belum dapat recall semua memori itu. Otak aku sudah terputus wayar kot. Tak pun fius sudah terbakar. Makin lama makin dalam rindu yang aku simpan. Tidak tahu kenapa seolah-olah sekolah memanggil-manggil aku untuk kembali. Sedangkan guru-guru di situ mungkin sudah naik muak tengok muka aku. Budak nakal, budak degil, budak keras kepala. Semua adalah aku. Boleh ke aku kembali ke sekolah, hanya sekdar melawat dan memerhati. Hati terasa ingin menyumbang sesuatu, tetapi ada yang sudikah untuk menerima. Aku terasa jauh terbuang, terbuang dengan emosi sendiri. Kata kawanku, au terlalu negatif dan terlampau memikirkan apa yang orang fikir, apa yang orang cakap. Sedangkan orang tidak peduli pun pasal kita. Kita sahaja memenatkan diri memikirkan tentang orang.

Begitu sukar aku ingin buang sikap begitu. Mungkin betul, aku terlalu negatif. Sehinggakan memakan diri sendiri. Aku jadi keras dan tidak peduli cakap orang. Apa orang nak gelar, nak panggil atau nak kata aku peduli apa. Itu diorang punya hal, aku punya jangan masuk campur. Huh, statement dari zaman sekolah sampai sekarang tidak pernah berubah. Masih di di takuk lamakah aku? Sedikit pun kematangan aku tidak berkembang atau... apa-apa sahaja lah.. Sudah penat untuk aku memikirkannya.

Masih aku ingat, masa tu form 3, aku dan kawanku berjalan melalui koridor di bangunan utama sekolah. Kawan aku agak kecil dari bentuk fizikalnya tetapi dari segi pemikirannya seperti orang dewasa, aku amat kagumi beliau. Dan ada sekumpulan pelajar lelaki yang tidak aku kenali mengejek-ngejek beliau.. 'pendek..pendek...' dan sebagainya, aku pula yang hangin.. secara spontan mulut aku melontarkan kata-kata .. 'aku tampar kang' tangan aku dah mengigil.. itu maknanya aku sudah hilang sabar... bila marah di tahan-tahan aku akan mengigil dan jika tidak dapat meluahkan akhirnya aku menangis dan bila aku menangis aku akan membenci orang itu dan diri aku sendiri, bila aku membenci akan terbit perasaan, ahhh persetankan orang lain. Hidup aku.. aku punya pasal. Si budak lelaki tu pula boleh mempersendakan aku, di suanya muka suruh aku tampar aje muka nya. Aku yang sudah mendidih ni apa lagi tampar aje la. Dan setiap kali aku lalu depan kelas tu, aku dapat gelaran Kakak Garang dan sebagainya.. aku lupa...

Cikgu Panggil aku kalau x silap la, bertanyakan hal itu, dan secara spontan , aku tanpa rasa bersalah ceritakan semua yang terjadi. Aku pda zahirnya seorang yang agak besar, tembam, debab, 200% lebih dari kawan ku itu hanya kuat luaran. Sedangkan hati dan perasaan aku begitu rapuh, di pijak sana di pijak sini. Tapi keegoaan membatasi segalanya. Ramai yang menggunakan reverse psikologi dengan aku, tetapi tidak berjaya. Aku menjadi semakin dan keras, sehinggakan sudah tiada siapa yang peduli dan aku sendirian.

Alhamdulillah member aku tu dah selamat di ijabkabulkan. Dan aku... aku tidak dapat menghadirkan diri di kedua-dua majlis beliau. Tidka dapat berkongsi saat bersejarah dalam hidupnya. Aku cukup sukar untuk bertandang ke Majlis Perkahwinan dan sebagainya. Aku tidak betah. Aku mohon maaf kepada sesiapa yang pernah hantarkan kad undangan perkahwinan ke rumah, pejabat dan sebagainya. Ada yang aku kenali dan tidak. Mungkin rakan-rakan maya aku, Aku cukup sukar berada di dalam majlis-majlis sebegitu, aku sendiri tidak tahu mengapa. Seringkali aku memberi alasan aku sibuk dengan tugasan, mungkin ya dan mungkin juga tidak. Kadangkala aku perlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak masa di luar dan bersama orang lain. Bersendirian bersama insan terdekat walaupun hanya sekadar lepak di rumah, ia cukup dapat refresh mood untuk kembali menghadapi dunia nyata.

Posting kali ini aku sendiri tidak tahu apa point nya. Hanya mengikut jari jemari yang rancak menyusun ayatnya sendiri. Lintang pukang, habis di redah. Nampak dek Cikgu Fauziah, cikgu bahasa melayu ku mampus kena ngan dia. Berleter tidak pernah berenti. Opss aku paling pantang orang bising dan berleter. Aku mungkin boleh jadi org yang paling kurang ajar. Bergantung dengan siapa, berapa lama tahan, dan keadaan semasa. Heheh Posting kali ini begitu banyak kelemahan aku dedahkan. Tapi aku tidak risau... pada siapa harus aku takut. no body... except him...

0 comments: