Yang kelakarnya masa dia minta no tepon cakap nk jadikan isteri, aku suruh call ayah aku. Dan dia tidak teragak-agak untuk bawa aku jumpa family dia dan sebaliknya. Tanpa mengambil masa yang lama, dua minggu selepas itu kami selamat di ijabkabulkan. Mungkin impian tu terlalu tinggi, sering membayangkan yang perfect, bila tiba saat dan mengalaminya, ada kekecewaan. 3 tahun pertama, cukup menguji aku, dia sendiri apatah lagi. Masuk tahun ke-4 dia sendiri sudah give up. Kalau dulu aku yang minta sekarang ini dia yang sukarela. Nak tak nak semua keputusan di tangannya. Aku sendiri tidak tahu apa sedang berlaku dan akan berlaku. Aku tahu keadaan sekarang hanya melengah-lengahkan masa. Suatu hari akan terpaksa hadapi juga.
Ntahlah, mungkin dulu terlalu terburu-buru, mungkin juga dulu masing-masing keras kepala sehinggakan masing2 membawa haluan masing-masing. Bila dia lembut aku keras bila aku lembut dia pula yang keras, bila dua-dua keras, masing tidak amik tahu, bila dua-dua lembut, ada sahaja dugaan mendatang. Yang aku tahu masing-masing main tarik tali. Dia salahkan aku, aku salahkan dia. X kesudahan, sehingga dia amik keputusan, perkara tidak akan berkesudahan sehingga masing-masing benar2 amik haluan masing-masing. Aku pula tertanya-tanya apa lagi dia nak. Dan dia pula kecewa mengharapkan yang perfect tapi x dapat.
Aku dan diri ku duniaku,
mahu di lentur mengikut acuan lain. Sukar untuk aku lafazkan. Tapi.. setiap apa yang aku lakukan, mengikut permintaan yang selama ini di dambakan sedikit pun tiada yang positif. Ikutkan hati kenapa harus aku ikut sedangkan dia pun x peduli. Sudah lama aku mengambil sikap sebegitu, tetapi kini, aku penat menipu diri sendiri yang aku kuat mengahadapi apa yang berlaku, aku benci diir sendiri, bila aku menunjukkan sikit tiada sebarang perasaan atas apa yang berlaku. Aku masih terbawa-bawa sikap aku zaman sekolah. Kau ingat semua perempuan lemah? suka menangis? manja? Aku tidak!. Aku menafikan semua itu. Aku lebih baik dari perempuan-perempuan manja yang sering bergantung pada org lain.
Tetapi sikap begitu la dia tidak suka, dia rasa aku tidak mempedulikannya, dia rasa aku membelakangi dia, dia rasa aku tidak perlukan dia. Entahlah aku sendiri tidak tahu. Kadang-kadang bila aku terlampau bergantung dia juga rimas, akulah beban untuk dua mara lebih maju. Beban yang berat harus di tinggalkan di jalanan agar memudahkan perjalanan dan cepat sampai ke destinasi. Yang di tinggalkan terkontang-kanting di tepi jalan. Tapi aku.. macam biasa sikap aku, "lantak ko la, aku x kisah" mulut aku sering melafazkan kata-kata sebegitu. Sedangkan dalam hati lain maksudnya.
Kadang-kadang org kata susah nak fahami aku, sebab aku sering meluahkan perkara yang bertentangan dengan apa aku rasa, aku sendiri tidak tahu kenapa. Orang kata diam tu setuju, tapi aku diam tu aku xnak, aku x suka, aku benci dan sebagainya. Tanya la berulang kali, aku kan diam dan diam. Bg aku lebih baik diam, dari dok ulang cakap benda sama. Penat... Sebab aku sendiri pun x suka org membebel, nanti aku juga yang naik angin.
Bak kata dia, buat masa skang ni, lebih baik begini... sorang di sana sorang di sini. Katanya lag, kalau Tuhan mahukan kita bersama, kita pasti bersama. Kalau x mungkin setakat ini sahaja jodoh kita. Apa-apa pun banyak berdoa pada Tuhan. Dan aku.. cukup setakat itu, aku bertanya, kenapa, kenapa dan kenapa. Sebab aku tidak dapat jawapan darinya. Apa yang sebenarnya berlaku? Jika dia berserah, aku juga sama. Masa sahaja yang menentukan. dan aku pasti, dia makin melupakan kehidupan bersama. Dia rasa lebih bebas terbang sendiri.
Apa-apa pun, terbang lah setinggi mana yang di mahukan. Kita bukan selalu ada di atas, kadang kala di atas, kadangkala di bawah....
0 comments:
Post a Comment