12 March 2010

Aku dengan Melaka Lagi!!

Perkenalan singkat yang bermula antara kami sehingga membawa aku ke Melaka. Opss atas urusan kerja ye... membuatkan aku tertanya-tanya. Takkan lah sampai ke akar umbi dia buat research tentang aku. Aduh.. pada mulanya aku agak keliru dan tidak senang. Mana tidaknya entah siapa-siapa gerangan orangnya pun aku tidak pasti. Cuma perkenalan singkat di talian membuatkan aku lebih mesra dan tidak kekok bila berada di tapak project.

Bagi aku.. sepatutnya aku yang buat research tentang dia.. ye la, dengan siapa aku perlu berjumpa, orangnya macam mana. Suka apa, macam mana nak menangi hati dia. Ini terbalik, adeh.. sungguh aku sedikit keliru. Malahan boleh di katakan kebanyakan cerita-ceriti aku sudah di hafalnya. Bagi aku dia seorang yang sweet.. pandai bergurau, sempoi.. walaupun jarak umur antara aku dengan dia lebih kurang 10tahun +- tapi bagi aku, dia memang sempoi... tapi dalam soal kerja aku di site, dia banyak membantu. Maklumlah walaupun aku sudah bertapak dalam industri ni bg orang lain dah lama, tapi masih banyak yang belum aku ketahui. Kalo event indoor tu boleh tahan la.. Aku rasa ni project kedua aku kalau outdoor.. Tapi tak pe.. pakar2 kat office aku ramai.. haha... kata kerja teamwork kan.. biasalah.. masing2 ada tugas masing2. Dan aku.. aku buat je la part aku..

Erm.. aku masih menunggu floor plan dari dia.. maklumlah tanpa floor terkial-kial la aku nanti. Nak kena pi ukur satu2 tapak project tu nanti. Tapi kalau terpaksa ukur juga.. macam biasalah bantuan di perlukan.. hehe.. Sorry En.Lan... Tapi xpe.. manager aku sporting... Katanya.. success je event ni aku dapat bonus ke Indonesia.. pastinya aku nak pilih Bandung or Bali.. Jakarta dah pergi.. sesak nafas aku...

Semalam habis je jenguk tapak project, kami bertiga makan di Restoran Akrab Seafood di Cheng, Melaka. Makanan dia mmg best.. apatah lagi aku ni hantu IKAN... lagi2 kalau ikan air tawar. Lauknya biasa sahaja Ikan siakap 3 rasa, tom yam, kailan ikan masin, telur dadar. Tapi meleleh.. Maunya kalau pegawai semalam tu xder mg aku sapu semua. Haha.. letak lagi aku kat kedai seafood...

Balik je dari makan, aku ngan opismate aku terus ke Pirate Park.. jumpa member kat sana.. then pi Jusco Bandaraya Melaka.. alamak xde cinema la lak... lari lagi ke Dataran Pahlawan.. pada mulanya nak tgk movie.. ternampak Dream Box.. aduh mmg kami ni kaki karaoke.. tergugat jugak la.. so x jadi tgk movie karaoke la jawabnya.. melalak sampai kol 1.30am... sesambil tunggu kawan yang nak tumpang balik KL..

Atleast ada something di buat kenangan.. hahah


0 comments: