
Macam mana aku boleh lupa tentang nak update blog aku ni. Agak busy sikit tambahan lagi dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku. Dilahirkan pada 28 Feb 2010 jam 06.06am di HKL. Aku pun xtau apa yang patut aku tulis tentang Batrisyia, macam sebuah kain putih aku sendiri tak tau nak mencoretkannya. Senang cite, memang aku happy sebab yela, dalam kita sibuk2 keje, lari ke sana lari ke sini, hujung minggu dapat bersama si kecil. Aduh bestnya.. Walaupun sekarang ni hidup aku bersama Batrisyia hanya di hujung minggu, hari lain busy kadang2 tak balik rumah lansung... tapi aku cuba buat yang terbaik. Mungkin start minggu ni aku akan bawa Batrisyia ke Bangi rumah mak cik aku kot. Bagi dia jaga sementara aku pun keje kat sek 7 Bandar bari bangi, so dekat lah... Kalau keadaan semua ok, aku pun keje situ semua ok, xder masalah kalo nak stay.. mungkin aku akan cari satu rumah untuk aku ngan Batrisyia. Opss and adik aku.. tak leh merempat lak kang.. haha.. Maklumlah kami bertiga ni xleh pisah.. wahahaha.. perasan...

Macam biasa hidup aku ni penuh dengan tanda tanya tapi aku andaikan semuanya dapat di selesaikan in term of time sahaja. Kalau nak seribu daya kan, apa sahaja boleh buat. Macam keadaan aku sekarang ni lah. Kerana Batrisyia + minat aku sanggup keje jauh-jauh 2 minggu tidur dalam kete.. hahha small matter je tu.. aku pun xtau sampai bila nak dok dalam kereta ni. Tapi kan macam rugi plak ada rumah. Sebab memang selalu stayback sampai tertidur terus pun.. tgk la macam mana.. akan di fikirkan dan di usahakan yang penting Batrisyia selesa.
0 comments:
Post a Comment