14 March 2010

Dari Hobi Menjadi Kerjaya

Aku suka dengan orang-orang kreatif ni. Tadi macam mana ntah tergerak hati nak tengok Rancangan In Trend kat TV1. Erm. memang dah ramai yang tau pasal Grafitti ni, tapi kebanyakannya kita selalu tgk yang dok conteng dinding sana dinding sini. Vandalisme dan sebagainya. Tapi saudara-saudara kita ni kreatif, masih menggunakan konsep yang sama cuma diorang x conteng dinding secara haram malahan boleh buat duit pula dengan Grafitti. Macam mana boleh datangnya idea untuk melukis di atas kasut. Cantik dan kreatif. Mungkin ada yang tertanya-tanya kalau kena air ok ke tak kasut ni. Cat dia turun ke? Info yang saya dapat dari InTrend dia kata mereka ni menggunakan cat khas untuk fabrik, memang takkan turun warna tu. Bagus-bagus, Mungkin satu hari nanti aku juga nak tempah la. Wat custom made. Ada identiti sendiri. Best!!

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan info atau kasut ini, malahan banyak lagi corak-corak best sila ke KulatTheArtShoes .

0 comments: