25 March 2010

Wahai Adik Yang Ku Sayangi...

Seminggu aku tidak menjenguk dia dan dia.. dua orang yang antara org yang aku sayang. Malahan boleh aku katakan aku tatang... Mungkin aku agak kecewa dengan keputusannya untuk menerima si Dia yang bagi aku tidak bertanggungjawab. Walaupun setiap malam hati aku agak meronta untuk pulang dan menjenguk dia dan dia.. Tapi ego aku menahan diri aku. Hari ini aku terbaca di facebook dia... alahai.. betapa dia sedang bersedih tanpa tempat mengadu...

Jika dia rasa aku tidak peduli, sebenarnya itu bukan maksud aku. Cuma rajuk di hati susah utk di kikis. Aku saban hari, saban waktu memikirkan tentang dia dan si dia... Apa langkah aku seterusnya, bagaimana aku ingin menyempurnakan sebuah keluarga yang tidak sempurna.

Betapa dia menyanjungi aku walaupun aku bukan lah seorang kakak yang boleh di jadikan contoh, aku pasti dia sendiri sedar. Seperti katanya, dia terlalu menyanjungi aku, ingin membuat aku bangga dengannya. Aku cukup bangga wahai adik yang aku sayangi. Aku bangga ketabahan hatimu, aku tidak sedikit kecewa... apa yang telah terjadi ada hikmahnya.. Aku tidak menganggap kau lemah. AKu menyanjungi mu lebih dari diriku sendiri. Usah ulangi kesilapan aku....

Betapa egonya aku padahal di belakang orang-orang sekeliling aku lah insan yang cukup lemah. Tapi aku kena kuat.

Wahai adik yang aku sayangi,
Aku bukan lah seseorang yang patut kau sanjungi lebih dari Ummi dan Abah. Ummi dan Abah berkorban untuk kita, segalanya yang kita ada. Dan aku juga begitu, untuk adik-adik aku segalanya akan aku korbankan. Dan juga kebahagiaan aku bersama bakal bekas suami aku. Tolong lah.. kau titipkan kegembiraan dalam sanubari mu. Usah di peduli kata orang, aku akan di sisimu. Walaupun riak wajah aku, tingkah laku aku nampak kasar, aku tidak reti menunjukkan emosi sebenar aku. Aku sendiri berperang dengan diri ku. Apa reaksi yang terbaik perlu aku berikan kepadamu.

Aku tidak menyangka, kau sedang bersedih.. kau sedang buntu. Datanglah kepada ku... Tapi aku bukanlah seseorang yang reti bertanya.. 'apa masalah mu' dan sebagainya. Jika kau perlukan aku... datang kepadaku. Seluruh hidup aku akan ku curahkan baktiku pada kalian... Salah satu sebab aku tidak mahu di cop menjaga tepi kain orang. Dan aku sendiri tidak suka mencampuri dan membuat keputusan untuk orang lain. Aku cuma memberi pendapat... Kau fikirkan lah sendiri. Aku tidak mampu membuat keputusan untuk mu sayang... Cuba lah faham situasi aku...

Untuk insan yang bergelar adik...
Berjuang demi masa depan, berperang hari ini untuk hri esok. Aku pasti akan ada sinar untukmu...

0 comments: