12 August 2010

Aku Dan Ramadhan 1431H


Salam Ramadhan Karem buat rakan-rakan, sahabat handai dan juga teman-teman yang sentiasa berada di sisi di saat aku perlukan. Tak lupa juga yang pernah menjadi teman sebelum ini. Ramadhan kali ini banyak perubahan yang amat ketara dalam perjalanan hidup aku. Kalau tahun lepas bertiga + 2. Uhuks macam mana tu ye, Bertiga ngan Angah and Alang + Baby Tisya yang masih dalam kandungan and Fahmy.

Alang

Aku kalau bercakap pasal alang aduh.. asyik ingat kat dia je. Alang ramadhan kali ni macam mana? Huh, projek kat dapur lagi ke? erm... tapi.. tahun ni xder dapur la lang... xpe2 tahun-tahun depan kita usahakan.

Orang Baru...

Batrisyia Audad, aduh sebulan sudah tisya kat kampung ngan Ummi, rindu pula pada tisya. Janji ngan Ummi lepas raya nak ambil balik wat datang KL. Tapi.. macam sukar untuk di laksanakan. Rumah yg tetap pun lom ada lagik, skang ni dok ngan kawan je, nak rumah yang mana aku, tisya ngan alang tak akan di pisah kan lagi oleh keadaan macam skang ni.

Shahril Anuar... walaupun rakan-rakan kenali dia ngan nama MOD, tapi aku lebih suka dengan shahril. Entahlah sukar nak gambarkan. Tapi ramadhan kali ini aku di temani dengan seorang yang caring, loving.. aduhh.. macam mana erk nak bgtau, Erm, yg aku selalu kena gelak ngan family aku, sebabnya perangainya sebijik ngan Abah. huhu.. sukar juga rasanya, maklumlah aku ni suka cakap banyak.. dia diam je.. aduhh.. kekadang tu mencucuk-cucuk.. tapi nak wat macam mana, rasanya Abah pun macam tu juga sampai skang pun macam tu. Aku kenalah biasa-biasakan kot. Ummi boleh takkan aku xleh. huhu

Yang Tiada...

Fahmy, macam seperti yang dia selalu kata, kenangan lalu biarkan berlalu... Mulakan hidup baru. Alhamdulillah, masing-masing nampaknya sedang mengejar apa yang di impikan selama ini. Walaupun dia bukan lagi di sisi, tapi aku selalu doakan kebahagiaan dia. Aku juga bersyukur dengan tuhan keputusan yang kami buat dengan persetujuan masing-masing tidak lah membawa bebanan pada diri masing-masing. Semoga hidupnya di berkati. Amin...

Nenek.. OMG.. i really miss her.. Erm shawal kali ini genap la setahun pemergian nenek. baru-baru ni aku balik ke kelantan ngan shahril a.k.a mod erm, sunyinya aku rasa, macam suram je kampung aku tuh. Entah lah mungkin aku rasa agak kehilangan. Rumah tu x sama, Atuk pun macam hilang terus, menjauhkan diri seperti kami ni tiada. Entahlah mungin aku je rasa macam tu. Atau dia mahu lupakan nenek.

'Mok.. ganolah mok loni... mok takut mok kalu ingat alam barzakh tu mok, sokmo terbaye ganolah mok ngadak mungkar nankir. Ganolah mok lalu titian sirat tu. Mok kak long doa ko mok sokmo. Sokmo mimpi teringat ko mok. Mok ampun maaf kak long mok'

Myself..

huhu agak-agak kalau aku buka pekung kat dada aku ni mesti ramai yang gelak kan. whatever la, tapi ramadhan kali ni buat aku rindu sangat ngan Abah. Aku rindu masa kecik-kecik abah ajar aku baca quran ngan rotan kat tangan. Aku rindu sangat zaman dok asrama dulu, time maghrib baca mathurat ngan rakan-rakan, dengar tazkirah, aku macam terpegun dengar ayat-ayat suci al-quran yang di alunkan di TV-TV time sahur dan sebagainya. Hati aku bagaikan di siat-siat bila teringatkan berapa banyak aku berhutang dengan tuhan. Niat di hati mahu mulakan dari sekarang, aduh tapi aku tidak cukup kuat untuk bermujahadah. Atau itu hanya alasan aku? Aku sendiri pun tak tahu. Aku rasa seperti segan pula denga rakan serumah dengan teman sebilik mau menyentuh dan mulakan kembali apa yg dah lama aku tinggalkan. Kenapa aku harus rasa macam tu pun aku x pasti.

Arghh kalau dulu, surah yassin tu cair di mulut, tapi skang aku hanya ingat 4 ayat pertama je. Aduh apa jadi pada aku ni. Kalau dulu walaupun aku x brani nak memberi pendapat tentang agama atleast aku ada pegangan dan yain dengan pengetahuan aku ada, tapi skang aku seperti goyah, asyik bertanya pada diri sendiri betul ke A atau B. Aduh.. Apa jadi pada aku ni.

Aku tahu tuhan sedang mengetuk pintu hati aku. Tapi aku tak tahu mana mahu mula.. Kenan ku rasa x kena, ke kiri ku rasa x betah. Mahu terus ke hadapan ku sangsi. Harap ada yg sanggup membimbing...

2 comments:

Anonymous said...

salam..slamat berpuasa jugak..=)
erm..kadang2 diri kita dahulu merupakan yang terbaik yang pernah kita miliki..namun..kita mesti bersyukur ngan apa yang ada pada diri kita sekarang..=)
smoga yang terbaik menjadi diri kita..insyaAllah..

Anonymous said...

Allah masih sayang.. sebab itulah Dia cuba mengetuk pintu hati.. :)