15 December 2010

I'm Not Perfect

Aku ni bukanlah sesiapa pun hanya insan biasa sahaja.. dan aku juga bukanlah sempurna dari segenap penjuru yang sentiasa menghimpit aku. Aku juga bukanlah perawan yang cantik solid molid yang cun melecun, aku juga bukanlah rajin yang sentiasa dan mampu menjaga dari segenap ruang. Aku yang sedia begini yang cuba untuk berubah dan lebih rajin dari dulu... aku yang mencuba hidup dalam keadaan yang kurang dari dulu... aku yang mencuba menerima apa sahaja yang mendatang dengan tabah. Tapi aku jua ada hati dan perasaan..

Kadangkala aku terfikir aku seperti menjerat diri aku dalam dunia yang pernah aku terpenjara, seperti lembu di cucuk hidung. Dulu aku berusaha melepaskan diri inginkan kehidupan yang aku mahukan, dan kini sku seperti sekali lagi menyerah diri untuk di perkotak katik kan. Erm ntah lah.. di pujuk di rayu.. x makan saman, apatah lagi jika bertegas dan berkeras, di katakan pula degil dan meninggi suara.

Adakah suara hati aku yang di dengar dan di fahami? Di pendam memakan diri, di luah menyakitkan hati.. Aduhai hati..


0 comments: