01 December 2010

Bila kepoyoanku terserlah.. hahaha ala gambar ni sekadar hiasan sahaja.. sekadar mencuba2 kononnya lah kan.. tapi aku memang kenal diri aku sejak dari sekolah lagi. Kalau keje on stage ni memang la tersangat-sangat aku elakkan. Gugup tak tentu pasal, menggelabah lebih dari orang. Hehe..

Time ni jadi tukang tekan-tekan je lagu yang di pilih oleh para jemputan dan tetamu yang hadir kat Majlis Makan Malam Keluarga Painting Department Proton 2010. Hehe... aku sekarang sedang berusaha keras untuk kembali ke zaman kegemilangan Sefitrah Management dulu. Silap aku juga kononnya nak belajar benda baru dan ingin mencuba suasana baru so aku mula bekerja dengan orang, sekarang ni Sefitrah Management entah kemana kerja pun entah kemana. So dengan tertubuhnya MOD Adventure aku harap aku dapat kembali ke zaman kegemilangan dahulu dan lebih lagi dengan pelbagai cabang / jenis perkhidmatan yang di sediakan. Bagi yang belum tahu lagi tentang MOD Adventure boleh lah layari website www.modadventure.net pelbagai pakej menarik dan aktiviti yang di tawarkan. Tak lupa juga akan di tawarkan diskaun hebat dan aktiviti / pertandingan dan sebagainya.

Amat sesuai bagi rakan-rakan yang meminati aktiviti yang lasak dan inginkan cabaran. Kalau dulu Sefitrah Managament tertumpu kepada event indoor / formal dan sebagainya, kali ini MOD Adventure datang dengan pakej khas untuk aktiviti outdoor termasuk lah pakej teambuilding, treasure hunt dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut saya jemput rakan-rakan ke MOD Adventure.





0 comments: