Akhirnya siap juga dalam bermalas-malasan nak ngadap laptop.. huhu.. Hari ni baru buat label.. huhu.. Untuk makluman semua, rempah Ayam Goreng Berempah KHUBZ sudah sedia di pasarkan. Alhamdulillah siap satu lagi projek untuk bulan ni.. Masih ada dua tiga produk dalam proses RND.. berikan sedikit masa lagi..
Ayam goreng berempah ni sesuai di hidang bersama dengan pulut, kalau area rumah saya di rantau panjang kami panggil pulut ayam di makan bersama sos pencicah dan bawang goreng. Atau boleh juga di hidang bersama nasi kukus dan kuah kari / kerutuk daging / kambing.
Cara-cara menyediakannya sangat mudah.
Bahan-bahan yang di perlukan.
1/2 ekor ayam
1 Inci Halia
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
(di kisar dengan air yg sedikit atau di tumbuk lumat)
1. Lumurkan bahan-bahan di atas pada 1/2 ekor ayam tadi. Kemudian taburkan rempah Ayam Goreng Berempah KHUBZ. Gaul kasi rata.
2. Kalau nak best lagi, boleh masukkan 1 buji telur. Gaul sehingga sebati.
3. Perap selama 1-2 jam, kemudian goreng sehingga garing /masak.
senang je kan.. x susah pun.. huhu
Kepada yang berminat untuk mendapatkan rempah ini untuk kegunaan sendiri, agent atau borong. boleh emailkan kepada syaa di
khubz.catering@gmail.com. Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 014-8199397
semoga berjaya!
0 comments:
Post a Comment