28 April 2012

Accident Lagi !

Tangki Minyak Kereta Terbuka

Pengalaman yang tak dapat di lupakan... Bagaikan mati hidup semula.. 22 April 2012 ekspidisi hantar Baby ke MRSM Grik, yang mana perjalanan balik pelbagai musibah berlaku. Bermula di MRSM grik lagi, baby cakap ada bau Petrol. Tapi kata Kak Ayu memang dah lama kete dia bau petrol. On the way balik kami singgah di Shell kononnya nak isi petrol full and nak solat zohor & asar sekali di Shell Bandariang.

Tapi macam mana entah aku tiba-tiba tengok kereta kak ayu kencing... opss minyak keluar dengan banyaknya di bahagian bawah kereta. Ya Allah Minyak! Bahaya betul.. Nasib baik masa tu ada dua orang pemuda yang baik hati dari penang ke terengganu boleh tolong baiki kereta untuk sementara sampai ke destinasi. Di atas pertolongan tersebut, maka kak ayu janji nak belanja makan di Tasik Banding.

Sempat posing lepas walaupun baru pas Xcident

Nak di jadikan cerita, selekoh sebelum Tasik banding, dengan hujan lebatnya, kabus dan macam-macam lagi, kereta yang di pandu hilang kawalan. Aku yang masih tak sedar keadaan tersebut 'PELIK' bila kak ayu cemas dan sebut Astagfirullahalazim... Aku hanya pandang dia... dan pandang depan balik kereta dah berpusing selepas layan drift. Tergamam dengan apa berlaku aku hanya terpaku dan berpegang pada handle and seat hanya MENUNGGU saat hentakan dan effect hentakan bila kereta kami betul2 mengadap benteng ke gaung.

Nasib baik kereta tak berapa laju and xder kereta di bahagian depan. Hanya hentakan kecil menyebabkan kereta berpusing ke kiri dan berhenti. Dua-dua terpaku... intai sebelah tingkap hanya sekaki dua lagi gaung... nuhhhhh jauh ke bawah... Ya Allah... kalau lah kereta ni tak berhenti.. kami mungkin kembali ke Rahmatullah pada saat itu. Selang beberapa saat.. kereta yang pernah membantu kami di shell tadi tiba dan berhenti betul2 depan kereta... Naz and Liey.. turun kereta dengan derai tawa dalam hujan...

dari kiri : Liey, MizzYuna, Me And Naz 
(Bersama dua penyelamat)


"Nape kak? layan drift ke?' sambil gelak-gelak. Yang terpaku dan tergamam ni terus pecah perut dan mengilai hilangkan gemuruh... "tu la.. test lap tadi..." ha ha ha.. nasib baik semua tak der pape.. kereta pun boleh jalan... kami meneruskan perjalanan ke puncak titiwangsa dan terus ke tanah merah untuk makan malam. Berpecah di Machang kerena mereka ingin meneruskan perjalanan ke terengganu.. thanks both of you.. kami hargai sangat...

0 comments: