17 July 2012

Dunia Baru : SSPDRM


Lama-lama sekali update blog.. masa dah tak macam dulu dah.. dulu hari-hari boleh update blog.. tak pe lah cerita basi pun nak update juga. Alhamdulillah dah masuk 3 bulan melapor diri sebagai Rekrut SSPDRM @ SPDRM. Eh SPDRM tu apa.. ramai yang tanya.. PDRM tu tau tapi S tu apa..

Kalau nak tau.. SSPDRM tu adalah Sukarelawan Simpanan Polis Di Raja Malaysia.. atau di kenali jua Polis Simpanan atau Sukarelawan Polis. huh panjang lebar nak terang makna sahaja. Bagi mana-mana yang minat dengan pasukan beruniform ni secara part time boleh memohon di mana-mana Ibu Pejabat polis Daerah atau terus ke Ibu Pejabat Polis Kontijen masing-masing di bahagian Hal Ehwal Awam.


hah.. ni gambar skuad saya. Rekrut SPDRM Siri 1/2012. saya berada di barisan ke 3 belah kiri sekali.
Dari barisan hadapan sekali : Kpl/Sp Zahari (Jurulatih), SM/Sp Hamzah (Ketua Jurulatih), Insp/Sp Ruhaizi, Sarjan Ismail (HEA), Insp/Sp Nik Asri (Pegawai Latihan) dan Kpl/Sp Suhaimi (Penolong Jurulatih)


Kelakar pun ye jugak tgk gambar ni.. esok-esok akan jadi kenangan.. uhuks.. Semua rakan-rakan satu skuad memang best-best.. sporting. Seronok bila hari latihan esp latihan kawad tangan dan kawad senjata.


mencuba beret.. sedang mencari saiz yang sesuai.. alamak xmuat la.. he he he.. tiba-tiba sayang je dengan tugasan baru ni. Memang dah lama minat dengan Pasukan Beuniform selalu tak ada rezeki. Alhamdulillah walaupun simpanan dan sukarelawan aku tetap bangga kerana akhirnya tercapai juga hasrat untuk memakai uniform walaupun xpakai lagi.. Masih tergantung kat rumah sebab belum gradute lagi.. ahaks.


ni pula gambar masa roll call di Balai Polis Kota Bharu. Sebahagian dari rakan-rakan Skuad Daerah Kota Bharu.. Dari IPD Pasir Mas saya mohon di tukarkan ke Daerah Kota Bharu. Alhamdulillah akhirnya permohonan saya di terima. Bukan apa.. masa mohon tu guna alamat rumah keluarga di Rantau Panjang. Tapi kitanya menetap di Kota Bharu. Insyallah kami akan berbakti kepada negara dengan seikhlasnya. 






0 comments: