Syirah mula mengetik-ngetik papan kekunci komputer peribadinya. Laman web sosial facebook sememangnya laman sesawang kegemaran Syirah. Sehari tidak log masuk pasti sukar hidupnya. Tetapi hari ini Syirah agak tidak terancang kerjanya. Kabur mencari halatuju hidupnya. Seperti menatap skrin kosong tanpa melakukan apa-apa.
Hari ini Syirah di kejutkan dengan satu khidmat pesanan ringkas dari Ibn Mohd. Mesej yang masuk ke inbox agak sukar di terima.
'mcm ni la b, kalau macam tu abg xmo berpanjangan, xde rezeki, xder jodoh nak buat macam mana. Kita kena terima hakikat ini walaupun macam mana sayang sekalipun, abg harap antara kita berdua tiada perasaan marah @ dendam antara abg dan b.'
Mengigil tangan Syirah sebaik habis membaca ayat terakhir dari Ibn Mohd. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba satu keputusan mengejut di terima. Padahal baru kelmarin Syirah dan Ibn Mohd keluar bersama. Bersuka ria di FunFair Carefour Klang. Tiba-tiba pagi ini sms yang di terima tidak masuk dek akal. Apa salahnya? Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Ibn.Mohd minta di putuskan hubungan.
Syirah terus mendial no telefon milik Ibn.Mohd. Matanya sudah bergenang. Sementara menunggu panggilannya di jawab. Dia sudah sebak, air mata satu persatu menitis di pipi gebunya.
"Erm.." Jawab Ibn.Mohd
"Abg.. kenapa ni bang? Tiba-tiba aje" Syirah menahan sebak
"Macam abang cakap tadi, B terima kan sms abg"
"Terima, tapi kenapa?"
"Nak buat macam mana tak der jodoh"
ah, begitu senang lelaki zaman sekarang memberi alasan yang tidak munasabah. Tak mungkin tanpa sebab Ibn.Mohd mahu memutuskan hubungan dengannya. Pasti ada sesuatu detik hati Syirah.
"Macam ni la B, Kalau ada jodoh tak kemana, mana tau lepas ni hati abg terbuka balik untuk menerima B, abg call B, jangan nangis k" Ibn.Mohd cuba memujuk Syirah. Esakannya sudah tidak mampu di tahan lagi. Syirah membatukan diri. Tidak mampu mengeluarkan sepatah kata. Dia terkedu mendengar jawapan yang tidak tahu hujung pangkalnya.
"B, janganlah macam ni, maafkan abg. Jika abg ada salah silap sebelum ini menguriskan hati b, abg minta maaf, abg x mampu teruskan" Ibn Mohd dengan tenang melafazkan kata-kata. Bagaikan dia sedikit pun tidak tersentuh dengan perkara begini. Sedikit pun tidak sensitif dengan perasaan Syirah.
"Tak pe la abg, dah xder jodoh b nak buat macam mana. Terima kasih atas segalanya.. Maafkan b jika b ada melakukan kesilapan semasa bersama abg," Syirah tidak mampu lagi mendengar alasan demi alasan yang tidak masuk dek akalnya. Dia terus menamatkan panggilan telefon.
Syirah cuba menyibukkan diri di pejabat. Nyata perkara ini mengganggu fikirannya. Serba tidak kena. Kertas-kertas, fail-fail yang berlambak diatas meja hanya di pandang kosong. Dia sendiri tidak tahu mana mahu mulakan. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dia membuat keputusan mahu bersemuka dengan Ibn.Mohd. Hatinya tidak tenang selagi tidak tahu puncanya.
~ bersambung...
0 comments:
Post a Comment