20 April 2010

F.R.E.E.D.O.M

15 April 2010 : 9.00am

Plantif : Saya XXXX no K/P 811202-08-XXXX dengan berjanji segalanya adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

Defendan : Saya Wan Nur Batini Binti Wan Idris no K/P 850926-03-XXXX dengan berjanji segalanya adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

Hakim : Apa permohonan Encik? (soalan di ajukan pada plantif)

Plantif : Saya bermohon untuk bercerai Yang Arif.

Hakim : Puan setuju?

Defendan : Setuju...

Hakim : Puan dalam keadaan suci?

Defendan : Tidak..

Hakim : Pada 20 April 2010, adakah kemungkinan puan suci pada hari tersebut?

Defendan : Insyallah suci Yang Arif.

Hakim : Kes di tangguhkan pada 20 April 2010

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

20 April 2010 : 9.00am

Plantif : Saya XXXX no K/P 811202-08-XXXX dengan berjanji segalanya adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

Defendan : Saya Wan Nur Batini Binti Wan Idris no K/P 850926-03-XXXX dengan berjanji segalanya adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

Hakim : Apa permohonan Encik? (soalan di ajukan pada plantif)

Plantif : Saya bermohon untuk bercerai Yang Arif.

Hakim : Puan setuju?

Defendan : Setuju...

Hakim : Puan dalam keadaan suci?

Defendan : Ya, Yang Arif

Hakim : Puan boleh duduk... Apa nama Encik?

Plantif : XXXXXX

Hakim : No ic?

Plantif : 811202-08-XXXX

Hakim : kenapa encik bermohon untuk bercerai?

Plantif : kami sudah tiada sefahaman lagi Yang Arif.

Hakim : Sefahaman yang macam mana yang kamu maksudkan.

Plantif : (Diam)... kami yakin ini keputusan terbaik dan kami mempunyai haluan masing-masing.

Hakim : Bila tarikh kahwin ?

Plantif : 21/8/2005

Hakim : Ada anak?

Plantif : Tiada Yang Arif

Hakim : Ada sesiapa yang memaksa kamu untuk bercerai?

Plantif : Tiada Yang Arif

Hakim : Ada sesiapa memaksa kamu untuk berkahwin?

Plantif : Tiada Yang Arif

Hakim : pernah bercerai sebelum ini?

Defendan : Tidak

Hakim : Cerai kali Pertama?

Defendan : Ya Yang Arif.

Hakim : Ada apa-apa yang kamu ingin beritahu mahkamah?

Plantif : Tiada Yang Arif

Hakim : Apa nama puan?

Defendan : Wan Nur Batini Wan Idris

Hakim : No ic?

Defendan : 850926-03-XXXX

Hakim : kamu tahu permintaan suami kamu?

Defendan : Tahu Yang Arif

Hakim : Kenapa kamu mahu bercerai?

Defendan : Kami sudah tiada sefahaman lagi Yang Arif.

Hakim : Sefahaman yang macam mana yang kamu maksud kan.

Defendan : (diam)... Tiada sefahaman dalam banyak perkara antaranya Career... dan kami mempunyai hala tuju yang berbeza.

Hakim : pernah bercerai sebelum ini?

Defendan : Tidak

Hakim : Masa kahwin dulu atas paksaan atau suka sama suka?

Defendan : (diam..)

Hakim : Suka sama suka? kamu bercinta?

Defendan : tidak.. tapi dia antara kenalan saya..

Hakim : Ada apa-apa yang puan ingin beritahu pada mahkamah?

Defendan : Tak ada.

Hakim : Dengan ini pihak mahkamah memutuskan permohanan en.xxxx dengan puan Wan Nur Batini Wan Idris cerai dengan kebenaran Mahkamah.

plantif di berikan skrip untuk di baca...

Plantif : Bismillahirahmanirrahim... Astagfirullah Al'azim... Astagfirullah Al'azim... Astagfirullah Al'azim... Dengan ini saya menceraikan isteri saya dengan talak 1.

Hakim : Puan dengar dengan jelas?

Defendan : Ya...

Hakim : Dengan ini mahkamah memutuskan perceraian antara en.xxx dan puan wan nur batini binti wan idris pada 20 April 2010 jam 9.25 pagi dengan Talak Raj'ie 1. Mahkamah mengarahkan puan dalam keadaan 3 bulan suci.. (yang ni aku x dengar sangat apa dia cakap)

bersurai....

ending of my story with him...


4 comments:

mazlan omar said...

semoga puan di beri kekuatan dan kesihatan,agar menemui hari muka dengan lebih cemerlang...

BATINI IDRIS said...

thanks MO..

~ Atie Zam ~ said...

perkahwinan ibarat sebuah bahtera. suami sebagai nakhoda n isteri sebagai pembantunya. sama2 harungi laut yang bergelora, sama2 terdampar di tengah laut bila angin tak bertiup.. semoga u diberi kekuatan untuk terus mengharungi lautan hidup tanpa nakhoda di sisi...

subhanishah said...

apa jua berlaku dalam hidup kita ada kala tentuan allah ,semoga segala pengajaran masa hidup kita masa lalu ,kita hayati dan buat keputusan yg baik,pada hidup akan datang,b uat apa jua keputusan dgn dgr suara hati ,jangan ikut akal fikiran.takziah dan tahniah untuk buat keputausan akhirnya