14 June 2010

Tahniah Huda + Emi!!

Happy aku tengok rakan-rakan yang sedang berasmaradana.. terpalit kemesraan dan kebahagiaan di sebalik senyuman bakal kedua mempelai. Opss yeke.. Insyallah.. tak gitu huda n emi? Khabarnya sedang mencari barang-barang hantaran dari pihak perempuan. Kesahihannya akan di tanya pada kedua punya badan tidak lama lagi. Maklumlah sorang ke Tapah katanya ada tugasan, dan sorang lagi ke Timur.. pulang ke kampung di Kelantan. Opss adakah sedang berbincang dengan keluarga? Wallahualam..

Di sebalik senyuman comel Cik Huda yang bakal bergelar Puan tidak lama lagi, banyak agenda-agenda penting. Orang kata misi-misi yang menjadi tunggak perjuangan. Apa tidaknya, kesana kemari pasti ada yang memerlukan. Kadangkala kesian juga aku tengok, naik segan aku jika ingin memohon bantuan. Yang penting ada minat, itu sudah memadai untuk membayar segala penat lelah. Tapi ada juga yang tidak faham...

Si pemuda yang kacak bergaya ni pula nama dia EMI... Echo Mike India... bukan sahaja bergaya tapi manis orangnya. Kelakar dan juga manja. Sama-sama manja. Memang sesuai la korang ni. Patutlah tangkap cintun.. erm, tak tau kenapa bila aku tgk je gambar ni aku yang terasa bahagia. wah.. orang kata aura cinta tu dapat di rasa oleh yang memandangnya. Si Emi ni pun dah jadi boss dah skang, alhamdulillah.. macam-macam projek dia dapat, usahakan projek sana projek sini. Dan yang paling penting, dia dah ada planning nak mendirikan rumah tangga. Bertuah Huda.

Apapun, aku doakan kebahagian kalian berdua, jangan lupa jemput aku yerk. Insyallah aku datang itupun kalau di jemput. Caiyok! caiyok!

2 comments:

Hoods said...

uik...aku tegamam kejap...pasal aku kat blog hang...ahaks...btw thanks mendoakan kami berdua....insyaALLAH...mudah2an segalanya dipermudahkan ..aku sentiasa doakan ko n mod juga bahagia bersama...apa yg penting keikhlasan dan kejujuran dlm phubungan....love u tini...a

BATINI IDRIS said...

insyallah dear.. sama-sama mendoakan satu sama lain. Thanks juga buat kau hoods.. semoga apa jua yang di hajati di makbulkan tuhan. Insyallah...

Love u too...