16 December 2010

Yang Terbuku Kini Tersurat

Indahnya jika di perhatikan rama-rama yang colourful. Tapi sayang kitaran hidupnya singkat. Alangkah bahagianya jika hidup ini di warnai warna-warna seindah rama-rama ini. Dari hari ke sehari, hidup ini di uji dengan pelbagai dugaan dari yang Maha Esa. Orang kata tak baik mengeluh, tapi kadangkala aku rasa cukup berat untuk aku pikul. Ku dapat rasakan keceriaan yang mewarnai aku kini di selaput kesuraman yang kelam. Aku bukan tidak menghargai apa yang ada sekarang, malahan aku tetap bersyukur dengan setiap saat hidupku. Wahai sang kupu-kupu, share-share la sket kaler kamu tu kat aku. hehehe.. Moga biasannya membuat hidup aku bakal ceria selalu.

Aduh sejak dua menjak ni hati aku cukup merindui Tisya. Erm rasa bersalah pun ada tinggalkan Tisya bersama Ummi kat kampung. Bila agaknya aku mampu bawa Tisya kembali. Mampukah aku? Sedangkan diri sendiri terumbang ambing, makan pakai pun cukup-cukup. Tisya.. Maafkan aku, aku tak mampu menyediakan segalanya yang selama ini aku ingin sediakan untukmu. Agar kau hidupmu di penuhi dengan pelangi dan keceriaan selalu. Ku rasa di sana adalah tempat terbaik buatmu Tisya, cukup makan pakai, Ummi dan Abah mampu memberi didikan agama dan tarbiah yang terbaik buatmu dari aku yang masih terkontang kanting mencari diri sendiri. Moga bila kau sudah dewasa nanti memahami situasi dan tindakan yang kami lakukan hari ini adalah yang terbaik buatmu. Ku khuatiri bila tiba hari itu kau tidak dapat menerima seadanya.

Silent a.k.a Azron.. Bangun lah Ron, aku tahu kau mampu melawan apa yang kau tanggung selama ini. Kembali lah Ron kepada keluarga, rakan-rakan. Aku tahu semua mendoakan kesejahteraan kau. Aku bukan lah rakan yang baik aku bukan kawan yang sempurna apatah lagi untuk bergelar sahabat, tapi aku hargai diri kau seperti aku menghargai teman-teman lain. Kalau bukan kerana kau dok pujuk aku masuk Pradas, tak mungkin hari ini aku kenal ngan Pak Mod.. Aku amat berterima kasih pada kau Ron. Aku ingat lagi seloroh kau masa kat Yankies Hut Bangi. Dah la tu Tini, meh join Pradas ramai lagi jantan dalam dunia ni... Kawan-kawan aku ramai meh aku kenalkan... huhu aku ingat lagi Ron.. Tak sangka aku rupanya betul plak aku sangkut ngan Pak Mod. Ron.. sedih aku tengok kau terlantar macam tu, hari isnin ritu aku jumpa kau kat spital kau elok je Ron, walaupun kaki tangan kau bengkak, kau boleh gelak-gelak lagi ngan aku Ron. Kau boleh bergurau lagi ngan aku Ron. Kau msg aku kau nak sangat jumpa aku, adeii buat aku cukup terasa bila kau dalam keadaan macam ni. Sib baik hari tu aku sempat jumpa kau Ron.. Aku cukup terasa bila kau msg 'kau kawan lama aku, aku dapat jumpa sekejap je pun aku dah hepi' Ya Allah, sib baik aku dapat tunai permintaan kau... Ron.. bangun lah Ron.. Aku, Pak Mod, adik aku, rakan-rakan lain semua mendoakan kau Ron.. Walaupun kadang kala gurauan kau tak bertempat cara kau tak di senangi, tapi sikit pun x simpan dalam hati, aku terima baik buruk rakan-rakan aku. Bangun erk Ron erk... Aku ngan Pak Mod tunggu tau...

Alahai Pak Mod.. kadangkala kelakar juga orangnya tapi kebanyakan masa serius memanjang. Aku harap kau dapat terima apa jua kekurangan aku. Tidak kira dari segi mana. Kerana aku bukanlah insan yang sempurna. Jika aku ada buat salah maafkan aku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sikit pun tidak terniat di hati untuk mengguris hatimu. Kadangkala untuk menyesuaikan diri ngan dua orang yang lain budaya, lain perangai, lain karenah ada salah silap dan dari situ lah kita kena belajar jadi yang terbaik buat masing-masing.

Jangan lah keras sangat, kadangkala apa yang kita praktikan sebelum ini x semestinya sesuai bila ada orang di sebelah. Macam tu juga ku, kalau dulu aku ikut kepala sendiri sekarang terpaksa mengalah dan mengalah sebab nak menjaga hati orang lain. Kadangkala ada juga masa tersasul dan tersilap, dalam cuba kontrol dan menguba diri ke arah yang lebih baik keluar juga yang x senonoh tu.. Tapi terima kasih kerana beri peluang untuk aku mengenali dan menyesuaikan diri dengan hubungan yang baru. Aku tahu aku banyak kekurangan dan aku juga bukan sempurna.

Ya Allah, ringankan dan lepaskan aku dari bebanan dosa yang aku tanggung sekarang. Tunjukkan aku jalan yang kau kebenaran dan redhai. Ya Allah, bantulah aku menuju ke arahmu... Buka kan pintu hati mereka agar di permudahkan cara. Moga kau permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Ampunkan dosa kedua ibu bapa ku, nenek aku, atuk aku, dan semua umat islam di dunia.


1 comments:

Anonymous said...

salam..akak..wish u luck..jangan sedey2 ag ok =)..semua ni kejap je..n yang pasti akan berlalu..smile..walaupown kita xkenal sangat..tapi saya tahu akak kuat..jadilah seperti dulu..yang jiwanya penuh kecintaan dan berharaplah pada ya Rabb k..